View My Stats

Tuesday, 2 July 2013

Jalan-jalan ke Ho Chi Minh Vietnam - Hari keempat

Hari terakhir - hari keempat (30.6.2013 - Ahad)

Memang diakui Vietnam adalah syurga membeli belah. Patut la ramai rakyat Malaysia datang ke Vietnam untuk shopping kerana terdapat pelbagai barangan boleh didapati dengan harga murah jika kita pandai tawar menawar...

Hari terakhir adalah aktiviti bebas iaitu shopping. Selepas sahaja sarapan bungkus HALAL (nasi goreng ayam dan kopi  vietnam panas) yang dihantar ke bilik hotel, kami pun ke Ben Thanh Market dengan berjalan kaki sebab dekat dengan hotel, tempat tumpuan membeli belah dan popular di HCM. Pasar ini dibuka bermula jam 8.00 pagi hingga jam 6.00 petang.

Macam-macam ada wei...sampai rambang mata dibuatnya. Ada kain ela, baju kurung siap, telekung, pelbagai jenis tudung, beg, selipar, jam, kopi, biji gajus dan lain-lain. Sungguh meriah suasana di pasar ini dan yang pasti akan bertembung dengan rakyat Malaysia yang sedang asyik membeli belah. Yang penting untuk dapat murah kena la pandai tawar menawar kalau boleh separuh harga yang dipamerkan.
Beli jangan tak beli, tapi pastikan duit anda cukup la. Didalam pasar tersebut kita boleh berurusniaga dengan menggunakan duit Ringgit Malaysia (RM), US Dollar (USD) atau Vietnam Dong (VD). Memang banyak pilihan, kalau yang kaki shopping tu setakat 6 jam kat dalam Ben Thanh Market, rasa macam masa tak cukup aje...yang penting sebelum shopping tu buat la senarai barang yang nak dibeli, baru senang sikit dan jangan lupa kena TAWAR MENAWAR harga barangan yang hendak dibeli....Di dalam pasar Ben Thanh terdapat banyak lot-lot kedai, jadi pastikan anda ingat lot kedai tersebut semasa membeli belah coz nanti senang sikit kalau nak beli barang lagi...dan satu lagi jangan terkejut jika ada peniaga kat dalam pasar tu yang pandai cakap melayu....

Penat membeli belah kami singgah makan Pho iaitu meehoon atau mee sup vietnam. Sedap dan sungguh segar sup dia. Penjual dia ialah orang islam champa.

Selesai shopping kami balik ke hotel untuk berkemas balik ke Malaysia. Sepatutnya kena check out jam 1.00 petang tapi kami minta LATE CHECK OUT, sebab flight kami jam 9.25 malam waktu Vietnam dan kena bayar RM65.00 sehingga jam 6.00 petang, kira tak la mahal sangat.

Sebelum balik ke Airport, kalau boleh timbang dulu luggage anda kat hotel tu, sebab kat hotel disana mereka sediakan penimbang untuk anda. So senang la skit coz kalau boleh jangan terlebih berat luggage semasa balik nanti....timbang jangan tak timbang, kalau lebih nanti nak kena bayar lak...

Alan datang jemput kami di hotel pada jam 6.00 petang waktu vietnam dan kami sampai di airport pada jam 7.00 petang. Terus sahaja untuk check in dan yang terkejutnya sudah ramai rakyat negara kita dengan beg yang penuh berisi barangan beratur untuk check in balik ke Malaysia.
Kaunter untuk check in akan dibuka 2 jam dari masa pelepasan balik. Flight kami jam 9.25 malam waktu vietnam dan kami sampai di LCCT jam 12.00 malam.
Terima kasih kepada agensi pelancongan kami iaitu Kembara Sufi Travel & Tour kerana menyediakan pakej perlancongan yang murah. Yang penting Kembara Sufi menyediakan pakej HALAL DAN MUSLIM dan disediakan pemandu pelancong yang fasih berbahasa melayu. Kenangan bercuti di Vietnam akan tersemat di hati dan pasti kami akan ke sana lagi suatu hari nanti......

No comments:

Post a Comment