View My Stats

Tuesday, 2 July 2013

Jalan-jalan ke Ho Chi Minh Vietnam - Hari Ketiga

Hari ketiga (29.6.2013 - Sabtu)

Selepas kemas diri dan sarapan bungkus iaitu nasi lemak dan teh tarik (Halal Food) yang dihantar ke bilik hotel dari Restoran Halal Saigon Banana Leaf, program diteruskan untuk lawatan ke sungai dan lembah Mekong. Sekali lagi kami akan bersama keluarga dari Melaka dan juga En. Ah Mad dan En Salim selaku pemandu pelancong untuk ke Sungai Mekong. Yang untungnya pemandu pelancong kami adalah beragama islam dan fasih berbahasa melayu
En. Ahmad (disebelah kanan memakai kopiah manakala En, Salim disebelah kiri). En. Salim merupakan Qari  bagi negara Vietnam dalam tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa. Mereka berdua adalah keturunan islam melayu champa.

Jam 8.00 pagi, perjalanan ke Sungai Mekong bermula dan akan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam dan akan melalui lebuhraya Vietnam. Sepanjang perjalanan, pengunjung akan disajikan dengan permandangan sawah padi yang terbentang luas di depan mata. 
Semasa melintasi dan melihat permandangan sawah padi yang sejauh mata memandang, terdapat binaan batu di kebanyakan sawah padi. Menurut En. Salim dan En. Ah Mad, binaan tersebut adalah kubur kaum ketrabat atau keluarga terdekat tuan punya sawah padi tersebut. Mereka akan semadikan jenazah sanak saudara di sawah padi itu supaya senang untuk mereka ziarahi kubur itu.

Selepas hampir 1 jam 30 minit meyusuri lebuhraya Vietnam, kami singgah sebentar di Mekong Rest Stop untuk kemas diri. Tempat tersebut seperti R&R dimana kita boleh rehat, makan dan kemas diri. Kedai cenderahati turut disediakan.


Dari Mekong Rest Shop kami meneruskan perjalanan ke Sungai Mekong dan memakan masa 15 minit sahaja. Sampai saja disana kami disambut oleh pemandu pelancong kami iaitu Encik Vien yang akan membawa kami ke sebuah pulau di Sungai Mekong dengan menaiki bot.

Sampai sahaja di sebuah pulau di Sungai Mekong, pengunjung akan melihat penghasilan coklat dari buah kelapa. Mereka membuat dalam pelbagai rasa dan boleh dibeli terus dari situ.

Di pulau tersebut terdapat gerai jualan pakaian, beg, cenderahati dan lain-lain. Pelbagai pilihan boleh dibuat dengan harga yang berpatutan. Tips - Kalau boleh tawar harga barang tersebut separuh dari harga sebenar.

Selepas rambang mata dengan shopping, kami disajikan dengan buah-buahan tempatan yang tumbuh subur di pulau tersebut. Kami juga didendangkan dengan lagu-lagu vietnam secara live.

Seterusnya kami dibawa melawat ladang ternak lebah dimana madu dihasilkan. Pelbagai produk dari madu juga turut dijual kepada pengunjung.

Di akhir lawatan, pengunjung akan dibawa menaiki sampan untuk ke bot yang sudah menunggu di Sungai Mekong. Satu sampan boleh naik 4 orang sahaja dan akan dikawal oleh 2 orang juru mudik Selepas naik bot, kami akan bertolak balik ke jeti.
Bersama Vien (baju putih), pemandu pelancong Sungai Mekong.

Selepas itu kami dibawa makan disebuah masjid yang terdapat di daerah Mekong. Masjid ini menjadi tempat perjumpaan dan pusat aktiviti masyarakat islam di Mekong. Makanan yang disediakan amat sedap dan lazat sekali seperti kari ikan, sup vietnam dan lain-lain. 
 
Kerabu mangga
Ikan masak sambal kicap
Sotong goreng dengan sayur-sayuran
Ayam masak kunyit.. kot?
Sup kentang
Bersama Tuan Haji Adam - Imam Masjid Mekong

Ketika di dalam van iaitu perjalanan balik ke HCM, kami telah diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran oleh En. Salim, pemandu pelancong kami. Sungguh merdu dan begitu damai mendengar bacaan beliau. Beliau merupakan Qari untuk negara Vietnam bagi pertandingan Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa. Dalam perjalanan balik ke HCM, kami singgah di Chinatown untuk shopping lagi. Banyak barang yang dijual disini seperti kain ela, baju kurung siap, beg, t-shirt dan lain-lain dengan harga berpatutan. Pendek kata macam-macam ada


Selepas ke Chinatown, kami pun balik ke hotel. Kami bersalam dengan kumpulan dari Melaka dan tour guide kami, kerana ini adalah hari terakhir kami bersama mereka.

Jam 7.00 petang, Alan datang jemput kami untuk makan malam. Malam ini kami makan di tempat makan malam pertama iaitu Saigon Banana Leaf. Kami ditunjukkan cara penyediaan makanan tradisional vietnam. Direstoran ini ramai pengunjung dari Malaysia yang datang untuk makan malam.
Selepas makan kami balik ke hotel dan jalan-jalan lagi kat pasar malam untuk sedikit shopping. Tamat aktiviti hari ketiga.

No comments:

Post a Comment