Sumbangan : En. Khairul Hisham (AADK Daerah Hulu Langat, Selangor)
Perjalanan sejauh lebih kurang 6 km
secara berjalan kaki untuk tiba ke Kem Lolo, Gunung Nuang telah berjaya diharungi
oleh 41 orang peserta Program SMART anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan
(AADK) daerah Hulu Langat baru-baru ini. Program ini telah diadakan pada 8 Jun 2013 (Sabtu), dan dirancang dalam
membantu belia untuk menjalani aktiviti yang sihat agar mereka tidak
terjebak dengan gejala negatif.
Pergerakkan perjalanan peserta sedikit perlahan di
pertengahan cabaran kerana terpaksa berhenti beberapa kali akibat terdapatnya peserta
yang keletihan dan mengalami kekejangan otot. Hanya kegigihan untuk sampai ke
Kem Lolo yang membakar semangat mereka untuk meneruskan perjalanan yang
bermula seawal jam 7.00 pagi dari starting point kem berkenaan. Ini kerana
rata-rata peserta yang ditemui menyatakan ia adalah pengalaman kali pertama mereka
mengikuti aktiviti sebegini.
Setibanya di Kem Lolo, peserta diberikan sedikit perkongsian
untuk ikhtiar hidup ketika berada di kawasan hutan yang telah diberikan oleh
kakitangan JPAM Hulu Langat yang turut sama menjayakan program kali ini. Sesungguhnya program ini telah memberi inspirasi kepada peserta untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah disamping menghargai keindahan alam semulajadi. Syabas semua.....