View My Stats

Monday 15 January 2018

Tanah Runtuh Di Gunung Nuang, Pendaki Dikhuatiri Maut

Sabtu - 13 Januari 2018, USAHA membawa turun mangsa yang dikhuatiri maut selepas terjatuh di puncak Gunung Nuang, Hulu Langat, Kajang, bermula 8 pagi, Ahad 14 Januari 2018.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, pengesahan kematian hanya akan dilakukan di kaki Gunung Nuang sebaik tiba. “Dijangka usaha membawa turun mangsa mengalami kesukaran kerana cuaca tidak baik.
‎"Bagaimanapun, anggota kami bersiap sedia di Kem Lolo untuk mengambil mangsa seterusnya membawanya ke Hospital Serdang," katanya. ‎Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari semalam itu, mangsa yang berusia 40-an dikatakan mendaki gunung berkenaan bersama beberapa rakannya.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri berkata mangsa dikenali sebagai Azlan Yahya, 47, yang bersama dengan pendaki lain dipercayai tergelincir dari tebing puncak gunung itu ke dalam gaung dengan kedalaman 100 meter sebelum tertimbus dengan runtuhan tanah.
Tanah runtuh Gunung Nuang, seorang pendaki maut
Sementara itu, kawasan pendakian di kawasan Taman Eko Rimba Gunung Nuang ditutup sementara mulai hari ini kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan. Jabatan Perhutanan Selangor dalam satu kenyataan berkata, segala aktiviti adalah dilarang sama sekali.
Petikan - Harian Metro Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 January 2018 @ 10:43 AM

No comments:

Post a Comment