View My Stats

Thursday 18 January 2018

Malaysia Pilihan Terbaik Untuk Bersara Di Asia 2018

Malaysia pilihan terbaik untuk bersara di Asia

KUALA LUMPUR: Malaysia mendahului carta sebagai pilihan lokasi paling ideal untuk bersara dalam kalangan negara Asia pada 2018, menurut Retirement Index baharu daripada International Living.com.
Berdasarkan indeks terbaharu yang turut mengambil kira beberapa kriteria seperti kos sara hidup, penjagaan kesihatan dan iklim oleh laman sesawang yang disebutkan, Malaysia menduduki tempat kelima secara global, manakala Costa Rica adalah destinasi pilihan utama untuk bersara di dunia.
Laman sesawang itu mendedahkan Malaysia adalah lokasi ideal kerana iklim tropika dan menawarkan pilihan terbaik untuk pesara sama ada di tengah-tengah bandar atau di pekan kecil, yang kebanyakannya dikelilingi alam semula jadi atau pantai.
Related image
Ia juga mengambil kira bahawa pesara mampu tinggal selesa di sini dengan hanya US$2,500 (US$1 > RM3.97) sebulan dan jumlah itu sangat kecil berbanding kos hidup di negara Barat.
Selain itu, ia juga menyatakan bahawa pelancongan kesihatan adalah antara faktor pilihan kerana negara ini menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti pada harga berpatutan sementara pilihan restoran dan barangan runcit antarabangsa boleh dimiliki dengan mudah jika pesara tiba-tiba rasa rindu pada kampung halaman.
Image result for malaysia pilihan untuk bersara international living.com
Selain itu, laman sesawang tersebut memuji program Malaysia Rumah Keduaku kerana pilihan visa persaraan dianggap sebagai antara pilihan terbaik di dunia dan ia memudahkan proses untuk pesara berpindah ke sini apabila ketika tahun persaraan mereka.
Indeks tahunan itu menyenaraikan 24 tempat perlindungan utama persaraan di seluruh dunia berdasarkan pada kriteria utama, iaitu persaraan yang gembira dan berjaya.
Selain Costa Rica dan Malaysia, destinasi lain yang turut disebutkan dalam senarai ialah Mexico di tempat kedua, diikuti Panama (ketiga), Ecuador (keempat), Colombia (keenam), Portugal (ketujuh), Nicaragua (kelapan), Sepanyol (kesembilan) dan Peru (ke-10).

No comments:

Post a Comment