View My Stats

Wednesday 24 January 2018

5 Air Terjun Tercantik Di Dunia

5 Air Terjun Tercantik Di Dunia

5 Air Terjun Tercantik Di Dunia
Tiada momen lebih indah bila dapat melihat keindahan pemandangan yang sungguh cantik dan menakjubkan. Kami kongsikan 5 lokasi air terjun tercantik di dunia, mana tahu jika kamu berpeluang singgah ke sana suatu hari nanti.

1. Air Terjun Niagara, Kanada dan Amerika
Air terjun ini berketinggian 175 kaki, airnya putih dan beralun jatuh terus ke sungai Niagara. Terletak berhampiran sempadan Ontario, Kanada dan New York, Amerika. Ia mempunyai dua bahagian air terjun iaitu satu jatuh di sebelah Kanada dan satu lagi di sempadan Amerika. Air terjun ini juga menjadi tumpuan pelancong serta sebagai sumber terbesar kuasa hidroelektrik.
Niagara.png

2. Air Terjun Iguazu, Brazil dan Argentina
Air terjun ini terletak di persempadanan Brazil dan Argentina. Berketinggian 275 kaki dan airnya mengalir terus ke Sungai Iguazu. Menurut lagenda penduduk tempatan, air terjun ini dijadikan oleh dewa yang mahu mengahwini wanita tempatan yang sangat cantik bernama Naipi. Air terjun ini dibahagikan kepada 275 air terjun sebagai bukti cinta mereka.
Iguazu.png

3. Air Terjun Victoria, Afrika Selatan, Zambia dan Zimbabwe
Berketinggian 108 meter, air terjun ini berada di Afrika Selatan yang mengalir terus ke Sungai Zambezi, yang terletak antara Zambia dan Zimbabwe. Ia adalah air terjun yang ketiga terbesar, cantik dan mengalir terus ke sempadan di dua buah negara. Ia dikatakan antara yang terbesar kerana ketinggiannya itu serta kelebarannya 1,708 meter.
victoria.png

4. Air Terjun Detian, Vietnam dan China
Terletak di sempadan antara Vietnam dan China, ia memiliki ketinggian 30 meter dan menghasilkan bunyi yang cukup menenangkan apabila air mengalir jatuh menghempas batuan. Cerunam di air terjun ini menjadi salah satu lokasi persembunyian penduduk tempatan pada satu ketika dahulu.
Detian.png

5. Air Terjun Huangguoshu, China
Ia antara air terjun terbesar di China dan Asia Timur yang terletak di Sungai Baihe di Anshun, Guizhou. Berketinggian 77.8 meter dan 101 meter kelebaran, pemandangan air terjun ini boleh dilihat dari beberapa sudut pandangan. Antara lokasi yang paling popular untuk melihat kecantikan air terjun ini adalah dari Waterfall-Viewing Pavilion.

china.png
petikan : http://www.rojakdaily.com/lifestyle/article/1039/5-air-terjun-tercantik-di-dunia

No comments:

Post a Comment