View My Stats

Wednesday, 28 August 2013

Pencipta Bendera Malaysia - Jalur Gemilang

Siapakah individu sebenar yang telah mencipta bendera Jalur Gemilang ini? Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya. Namun kita perlu berbangga kerana Jalur Gemilang ini telah berada di seluruh dunia termasuklah di angkasa lepas.

Semasa hayatnya, Mohamed Hamzah merahsiakan beliaulah pencipta Jalur Gemilang, hingga ramai temannya sendiri tidak mengetahui perkara itu. Hanya selepas kematiannya pada 1993, barulah adik beliau, Abu Bakar Hamzah, sekarang 73, mendedahkan secara terbuka perihal abangnya itu.

Jalur Gemilang menurutnya, mula dicipta pada 1947 apabila pemerintah masa itu mengadakan pertandingan mereka bendera Persekutuan Tanah Melayu. Mohamed yang ketika itu berusia 29 tahun tidak mahu melepaskan peluang keemasan tersebut untuk menonjolkan bakat melukisnya.

Bekas kakitangan Jabatan Kerja Raya Johor itu memang berbakat dalam bidang seni lukis dan sanggup menghabiskan masa berjam-jam menyiapkan sesebuah lukisan. “Saya masih ingat Allahyarham yang tamat persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) mengambil masa dua minggu mereka empat lakaran bendera untuk dihantar ke Kuala Lumpur.

“Dia tersenyum lebar ketika lakaran bendera diciptanya dipilih dan dipaparkan dalam akhbar-akhbar tempatan,” katanya. JALUR Gemilang telah dibawa ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) oleh angkasawan negara tahun lalu. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993, 14 hari sebelum genap usia 75 tahun di rumah keluarganya di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.
Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

2 comments:

  1. bendera tu yang diingat nama pencipta dia tak pula ingat huhuhu

    ReplyDelete
  2. Tu la..kita patut menghargai penciptanya...

    ReplyDelete