Hari Raya Aidilfitri sememangnya disambut dengan meriah oleh masyarakat kita di Malaysia. Terdapat pelbagai juadah makanan yang dihidangkan oleh penduduk di Malaysia bergantung kepada tempat tinggal mereka masing-masing. Kebiasaannya juadah hidangan tersebut akan mula disediakan pada malam hari sebelum Hari Raya keesokannya. Mereka akan bergotong-royong bersama ahli keluarga untuk menyiapkan juadah makanan di hari raya. Kemeriahan susananya amat jelas ketara penuh dengan gelak tawa masing-masing menyambut ketibaan 1 Syawal setelah sebulan berpuasa.
Setiap negeri sebenarnya berbeza juadah utama yang disajikan di pagi Hari Raya Aidilfitri. Walaupun juadah utamanya berbeza namun juadah sampingan yang disediakan kebanyakan hampir sama seperti ketupat, lemang dan rendang. Ini adalah identiti makanan masyarakat Melayu di Malaysia. Ketupat, lemang dan rendang adalah keunikan Malaysia yang harus kita jaga bersama. Antara hidangan yang biasa dijumpai di pagi Hari Raya Aidilfitri adalah:
1. Ketupat Nasi
2. Ketupat Palas
3. Rendang
4. Lemang
5. Sate
6. Nasi Dagang
7. Nasi Minyak
8. Nasi Briyani
9. Lontong
10. Laksa
11. Roti Jala
12. Biskut Raya
13. kek
14. Air Minuman
Sebenarnya banyak lagi juadah yang disediakan di Hari Raya...tapi kalau makan tu biarlah berpada-pada kay...kesihatan pun kena jaga juga...hope semua bergembira di Hari yang mulia ini
No comments:
Post a Comment