Kelab
Kebajikan dan Sukan, Agensi Antidadah Kebangsaan telah mengadakan program
Jalan-Jalan ke Universal Studio, Singapura. Program ini telah diadakan pada 18
Oktober 2014 (Sabtu). Seramai 31 orang peserta yang telah menyertai program ini
termasuk anak-anak dan keluarga warga kerja Ibu Pejabat AADK. Perbelanjaan
untuk menyertai program ini ialah diantara RM300.00 hingga RM500.00 seorang
iaitu untuk membeli pakej ke Universal Studio, penginapan, makan dan minum
serta lain-lain. Semua perbelanjaan ditanggung sendiri oleh peserta.
Kami menaiki bas persiaran bersama dengan pakej ke Universal
Studio, Singapura (USS) di hadapan Tune Hotel, Danga Bay, Johor Bahru. Wow
banyaknya bas persiaran yang akan membawa pengunjung ke USS. Jam 7.45 pagi bas
bergerak menuju ke Woodland untuk pemeriksaan Imigresen Malaysia.
Setelah tamat pemeriksaan Imigresen
Malaysia, perjalanan diteruskan untuk pemeriksaan Imigresen dan Kastam
Singapura di Woodland Checkpoint. Semua peserta terpaksa membawa turun beg yang
dibawa dari bas untuk diperiksa oleh pihak berkuasa Singapura.
Selepas semua urusan selesai,
perjalanan diteruskan ke USS. Bagi peserta yang pertama kali masuk ke Singapura
terasa kagum dengan keindahan dan kebersihan negara tersebut. Ternyata
undang-undang ketat telah berjaya mendisiplinkan rakyatnya. Nampak begitu
teratur pembangunan di negara Singapura yang maju dan moden ini.
Jam 10.30 pagi kami semua selamat
sampai di Resort World Sentosa. Perasaan teruja mula melanda semua peserta dan
tidak sabar-sabar untuk menjelajah USS. Sebaik sampai di pintu masuk USS, kami
semua sempat bergambar kumpulan dihadapan Globe USS. Tak sah kalau tak
bergambar kat globe nie…kira macam trade mark USS la…Sebaik sahaja masuk ke USS
acara bebas bersama keluarga masing-masing sehingga jam 6.30 petang.
Masuk
sahaja ke USS sudah ramai orang di dalam kawasan tersebut. Yang penting sebelum
menjelajah ke dalam USS dapatkan peta USS untuk memudahkan pergerakan di dalam
kawasan yang berkeluasan 30 ekar ini. Terdapat pelbagai segmen atau tarikan di
dalam USS ini seperti persembahan secara langsung, permainan, wayang dan
lain-lain. So kena jalan ke semua tempat tersebut untuk menikmati segmen yang
disediakan.
Di dalam USS tiada masalah untuk
mendapatkan makanan halal yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Singapura.
Pastikan terdapat logo dari Majlis tersebut dan kita boleh beli makanan di situ
tanpa ragu-ragu. Terdapat kemudahan surau yang disediakan walaupun tidak begitu
luas dan boleh memuatkan 5-6 orang sahaja untuk bersembahyang.
Jam 6.30 petang, kami semua menaiki
bas untuk balik ke Danga Bay, Johor Bahru. Selepas semua pemerisaan Imigresen
Singapura dan Malaysia selesai, kami tiba di Johor Bharu pada jam 8.30 malam.
Kami telah disajikan makan malam asam pedas johor oleh En. Sidek, Pengarah AADK
Negeri Johor. Selepas menikmati makan malam, kami semua menaiki bas jabatan
AADK untuk bertolak balik ke Ibu Pejabat AADK. Kami semua selamat tiba di Bangi
pada jam 3.30 pagi.
Perasaan amat gembira melihat warga
kerja AADK dapat meluangkan masa yang berkualiti bercuti bersama keluarga dan
rakan-rakan. Sesungguhnya program ini telah meninggalkan kenangan yang manis
kepada semua peserta. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En.
Sidek, Pengarah AADK Negeri Johor, En. Azli Ubin, Penolong Pengarah AADK Negeri
Johor serta semua warga kerja AADK Negeri Johor yang telah memberi layanan yang
begitu baik dan mesra sepanjang program ini berlangsung. Kami semua peserta
amat menghargainya… jika ada permintaan, program ini akan diadakan lagi pada
tahun 2015….Sekian, terima kasih….
No comments:
Post a Comment