View My Stats

Wednesday 8 October 2014

Jalan-Jalan Ke Kuching Sarawak

Kuching Sarawak - Kami datang. Itulah yang telah dirancang oleh Unit Kembara Alam, Kelab Kebajikan dan Sukan AADK. Objektif utama ialah untuk menakluk puncak Gunung Santubong sambil jalan-jalan di negeri Sarawak.

Tiket Airasia telah kami tempah pada bulan Disember 2013 iaitu ketika promosi Free Seat Airasia. Murah gila dapat harga tiket - tiket diantara RM60.00 hingga RM100.00 pergi dan balik. So kami terus tempah kerana harga promo yang begitu murah.

25.9.2013 - Kami bertolak dari Ibu Pejabat AADK menuju ke lapangan terbang KLIA2. Sebaik sampai disana bertemu dengan 2 staff CCRC Gambang iaitu Arore dan Pet, Staff AADK Tumpat - Jimmy, dan Yanie dari CCRC Bachok. Selepas itu kami semua check in



Flight kami AK6420 dari KLIA2 ke Kuching akan berlepas pada jam 2.05 petang. Jam 3.30 petang flight kami saelamat mendarat di Airport Kuching. Kami telah disambut oleh pegawai dan kakitangan AADK Negeri Sarawak yang diketuai oleh Encik Nazar. Sebelum check in penginapan, kami singgah makan di Nusantara Cafe.


Selepas itu kami ke penginapan iaitu Nomad Borneo and Breakfast. Penginapan kali ini secara backpacker sahaja dengan perbelanjaan menyewa peninapan sebanyak RM18.00 seorang sahaja untuk 1 malam. Penginapan agak selesa dan semua yang menyewa tempat ini boleh makan sepanjang masa dengan makanan yang telah disediakan. Tempatnya agak strategik kerana berada di dalam pusat bandar Kuching dan kami boleh berjalan kaki untuk ke Waterfront.

Selepas check in adalah acara bebas dan ada peserta yang keluar jalan-jalan untuk bersiar-siar di waterfront dan ada juga yang membeli keperluan untuk pendakian keesokan hari.

Selepas mendaki Gunung Santubong, pada keesokkan harinya kami semua berkesempatan untuk pergi ke Kampung Budaya Sarawak. Disebabkan hubungan baik pegawai AADK Negeri Sarawak dengan pegawai di Kampung Budaya Sarawak, kami mendapat harga diskaun untuk masuk ke sana iaitu dari RM60.00 ke RM40.00, so jimat RM20.00 seorang.

Secara ringkasnya Kampung Budaya Sarawak merupakan satu tempat untuk mempamerkan suku bangsa di Negeri Sarawak seperti Orang Melayu, Iban, Melanau dan lain-lain. Terdapat rumah-rumah yang dibina mengikut suku kaum tersebut. Terdapat persembahan budaya di dalam kawasan itu. Setiap orang peserta akan diberikan pasport Kampung Budaya dan boleh chop pasport tersebut di tempat yang dikunjungi.




No comments:

Post a Comment