View My Stats

Wednesday 11 September 2013

Pengegar Dunia Internet

"Sumbangan mereka dalam Dunia Internet Begitu Hebat dan Mengkagumkan"

Larry Page dan Sergey Brin - Google ditubuhkan pada tahun 1998 iaitu ketika Larry Page dan Sergey Brin berusia 24 tahun. Mereka rela drop out dari program kedoktoran komputer mereka di Stanford University untuk mengembangkan Google. Pada awalnya mereka tidak mencari keuntungan dari projek itu. Mereka hanya mahu membantu orang ramai untuk mempermudahkan mencari sumber informasi dan data di dunia maya. Kini Google.com dianggap sebagai mesin pencari terbaik di dunia. Google menenggelamkan pamor Overture, LookSmart, InfoSpace, FindWhat dan Ask Jeeves.Kini, sekitar 300 juta orang membuka Google setiap hari



Jerry Yang dan David Filo
Pada tahun 1995 kedua-dua orang ini telah mencipta Yahoo!, mesin pencari yang merupakan saingan terdekat Google. Jerry berusia 26 tahun dan David Filo 28 tahun ketika mereka mencipta Yahoo! Kedua orang ini sekarang mungkin lagi hangat diperkatakan setelah Microsoft menawarkan tawaran sebanyak US$44.6 something billion untuk mengambil alih Yahoo!.[.waaaaww...!!






Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim
pada pertengahan February 2005, 3 sekawan - Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim ingin berkongsi video makan malam mereka dengan beberapa teman di San Fransisco. Tetapi apa yang terjadi adalah diluar dugaan, ketika mereka cuba mengirim salinan video tersebut menggunakan email, mereka mendapati penolakan dari mail server kerana saiz file video tersebut terlalu besar. Akhirnya mereka sepakat menubuhkan web yg boleh berkongsi gambar mahupun video dengan kawan2 serta dunia. Akhirnya YouTube merupakan the biggest video sharing website on the internet. Belum genap 2 tahun, Youtube akhirnya dipinang oleh Google, pada 16 Oktober 2006.  


Tom Anderson 
Tom Anderson menubuhkan MySpace pada tahun 2004 iaitu ketika beliau baru berusia 23 tahun. MySpace Merupakan jaringan sosial number 1 di dunia dengan lebih daripd 100 juta pengguna, beliau mungkin tidak sekaya Mark Zuckerberg [CEO Facebook], tetapi beliau tercatat sebagai pencipta jaringan sosial yang paling luas digunakan di Internet.




Matt Mullenweg
Matt Mullenweg berusia 19 tahun ketika dia mencipta platform blogging yang kini digunakan dimana-mana. Ia menubuhkan platform blogging WordPress pada tahun 2005, dan sejak itu blogosphere pun mulaiberevolusi[cewah!!]. Orang ramai mula berpindah dari MovableType dan platform lain ke WordPress kerana platform baru ini memang mudah dipakai dan selalu diupdate dan terus meningkat.







Mark Zuckerberg
Mark Zuckerberg, mahasiswa universiti Harvard merupakan CEO Facebook[online social website].Idea kreatif Mark untuk 'melahirkan' Facebook tercetus dari dorm roomnya di Harvard pada 4 Februari 2004,iaitu ketika beliau berusia 19 tahun. Pada mulanya Facebook hanya diperkenalkannya di 'wilayah' Harvard sahaja..namun selepas mendapati lebih dr 2 per 3 siswa Harvard mendaftarkan diri di Facebook, Mark membuat keputusan untuk menyebarkan Facebook ke university2 lain. Dia telah meminta bantuan teman sebiliknya, Dustin Moskovitz.Kini Facebook telah menjadi popular di seluruh dunia







Blake Ross
Pada tahun 2003, Blake Ross menubuhkan Mozilla ketika dia baru berusia 19 tahun.Sejak itu, Mozilla tumbuh sangat pesat, ramai pengguna Internet 'tergoda' untuk menggunakan penjelajah Firefox Mozilla mereka sendiri, yang terbukti lebih mudah digunakan jika dibandingkan dengan kebanyakan aplikasi web yg lain.  






Pierre Omidyar
Pierre Omidyar mula menubuhkan eBay [tempat lelongan online sedunia] pada tahun 1995 iaitu ketika beliau berusia 28 tahun. Ramai orang menghargai penemuannya, sehingga mendorong eBay menjadi platform dunia.





No comments:

Post a Comment