View My Stats

Tuesday 3 September 2013

Gareth Bale - Pemain Bolasepak Termahal Di Dunia

Gareth Bale
LONDON – Real Madrid memecahkan rekod yuran perpindahan termahal dunia selepas membuat pembelian pemain baru dari Tottenham Hotspur, Gareth Bale, yang bernilai £85 juta (RM436 juta).
Bale yang menyertai Spurs pada 2007 membuktikan dirinya layak dikategorikan sebagai salah seorang pemain terbaik dunia setelah membantu kelab itu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim lepas di tempat kelima – hanya ketinggalan satu mata di belakang Arsenal di tempat keempat.
Kegagalan Tottenham menyertai pasukan-pasukan elit Eropah dalam saingan Liga Juara-Juara dikatakan jadi faktor pendorong pemain berusia 24 tahun itu berhijrah ke pasukan lebih ternama.
Menurut laporan BBC, pemain kelahiran Wales itu akan memperoleh gaji sebanyak £300 ribu seminggu (RM1.52 juta) selama 6 tahun bersama Los Blancos.
Real Madrid sebelum ini mencatat rekod pembelian termahal ketika membeli Cristiano Ronaldo (£80 juta = RM406 juta) daripada Manchester United.
Tiga pemain Real Madrid iaitu Kaka, Fabio Coentrao, dan Mesut Ozil telah meninggalkan kelab tersebut apabila dikatakan peluang mereka untuk beraksi disamping kesebelasan utama kelihatan semakin samar dengan ketibaan Gareth Bale.
Kaka kembali ke AC Milan secara percuma, Coentrao menyertai Manchester United secara pinjaman manakala Ozil menyertai Arsenal debgan yuran perpindahan sebanyak  £42.4 juta (RM215 juta).

No comments:

Post a Comment