View My Stats

Monday, 27 May 2013

5 pulau cantik di Malaysia - jalan-jalan cuti sekolah

Sempena cuti sekolah ini...bawalah keluarga untuk bercuti bagi merapatkan hubungan kekeluargaan. Luangkan sedikit masa untuk bersantai bersama keluarga. Berikut adalah 5 pulau yang cantik di Malaysia untuk dikunjungi masa cuti sekolah nie....selamat bercuti
Pulau Sipadan
Pulau yang terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah ini adalah antara pulau terindah di dunia dan popular dengan aktiviti selaman skuba. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh New 7 Wonders of Nature votes commitee, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009.

Pulau Tioman
Pulau Tioman yang berada di bawah pentadbiran negeri Pahang ini terletak di antara sempadan Pahang dan Johor. Pulau ini pernah tersenarai antara 10 pulau tercantik di dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang menyeronokkan.

Pulau Langkawi
Pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah ini terkenal dengan mitos dan lagenda seperti Pulau Dayang Bunting, Mahsuri, Puteri Dayang Sari, Telaga Tujuh dsb. Langkawi yang mempunyai taman geologi berusia jutaan tahun kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.

Pulau Redang
Pulau Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau yang terletak di Terengganu ini mempunyai sejarah tersendiri semasa Perang Dunia kedua di mana dua buah bangkai kapal iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse ditenggelamkan di perairan pulau ini.

Pulau Perhentian
Pulau Perhentian yang juga terletak di Terengganu antara pulau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.
Sumber - petikan dari blog kawan-kawan

Selamat Bercuti Sekolah - Jaga Keselamatan

Selamat bercuti kepada semua anak-anak yang masih bersekolah.  Manfaatkan cuti dua minggu ini dengan sebaiknya.  Jaga diri, jaga keselamatan dan jaga kesihatan. Moga ibubapa yang sentiasa sibuk selama ini dapat sama meluangkan masa bersama anak-anak mereka.  Bawalah anak-anak  berjalan-jalan, bercuti, berkelah atau apa saja aktiviti yang dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Selamat bercuti....

Tuesday, 21 May 2013

Gambar Sunset (Matahari terbenam)

Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya).
(Surah al-Anbiya; 33)

Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui.
(Surah Yaasin;38)
 
 
 

Fakta Menarik Tentang Gunung Everest

Berikut merupakan 15 fakta mengenai pendaki-pendaki gunung Everest.

1. Rakyat Malaysia yang pertama berjaya menawan Everest: N. Mohandas dan M.Magendran.
2. Pendaki termuda dari Asia Tenggara: Mohamed Muqarabin dari Malaysia - 23 tahun
3. Pendakian pertama: Edmund Hillary - 1953
4. Wanita pertama berjaya mendaki: Junko Tabei dari Jepun - 1975
5. Mendaki Menggunakan Basikal: Goran Krop - Dari Kanada - 1993
6. Orang kurang upaya pertama: Tom Whittaker - 1998.
7. Paling muda: Tembe Tsheri - Mendaki pada usia 15 tahun.
8. Paling tua: Yuichiro Miura - 70 tahun 222 hari.
9. Paling pantas sampai ke puncak: Pemba Dorjie Sherpa - 8 jam 10 min - 2004
10. Everest mempunyai 2 laluan memanjat iaitu dari Nepal dan dari Tibet.
11. Ada teori menunjukkan Everest semakin tinggi disebabkan pergerakkan plak tektonik.
12. Cuaca yang ekstrim boleh menyebabkan tangan dan jari- jari 

membeku. Sebab itu ramai   pendaki yang kehilangan jari akibat masalah frost.
13. 1.3% yang mendaki Everest menemui ajal.
14. Hanya terdapat 36% Oksigen di puncak Everest.
15. 212 orang telah maut di Gunung Everest dari 1921-2006 ketika cubaan mendaki gunung tersebut.

Friday, 17 May 2013

Cerita Lawak - Ketawa penyeri hidup

Lawak 1 - Polis Trafik
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti.
Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Lawak 2 - Klinik
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Amin terpandang Shan sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian darah.
Amin : Awak takut ke?
Shan : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Shan, Amin menangis.)
Shan : Eh, kenapa pula awak menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian air kencing..
Lawak 3 - Posmen
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
Lawak 4 - Hospital Bahagia

Terdapat 3 orang gila yg mengambil ujian perlepasan hospital . lalu doktor itu bertanya kepada org gila yg pertama, apa yg kau mahu bawa jika berada di gurun, orang gila itu menjawab 'payung, sebab kalau panas saya boleh berteduh' . Lalu org gila itu dilepaskan


Doktor itu menanya soalan yg sama kepada org gila kedua, lalu dia menjawab saya akan bawa air, sebab kalau saya haus saya boleh minum lalu org gila itu dilepaskan.


Doktor itu menujukan soalan yang sama kepada org gila ketiga lalu dia menjawab saya akan bawa pintu kereta sebab kalau panas saya boleh menurunkan cermin tingkap... lalu org gila itu dimasukkan kembali ke hospital

Lawak 5 - Candle Light

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.


DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong! 



Lawak 6 - Sudu
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.

Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.

Doktor: Kenapa?

Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Lawak 7: Bapa

Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan 

dia.

Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang 

tunduk, mesti orang tu tunduk.

Man: Wow! Bapa kau keja apa?

Ali: Tukang gunting rambut




Lawak 8 - Klinik Mata
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, 
dia bertanya:" Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?""

Dah tentu, " jawab doktor."

Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.
Lawak 9: Tiru
Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.

Bapa: Apa bukti awak?

Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? 

Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".


Lawak 10 - Hantu

SAM: Semalam aku nampak hantu! 
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

BE HAPPY