View My Stats

Thursday, 12 October 2017

Kucing Mati Dilanggar - Tindakan Mulia Seorang Remaja

Remaja lelaki ini melihat seekor kucing Mati Dilanggar, Apa Yg Budak Ini Lakukan Buat Ramai TERPANA !!! | Kemalangan jalan raya biasa terjadi, tak kira manusia atau haiwan semuanya terdedah dengan bahaya ketika di jalan raya. Banyak kemalangan yang berlaku kepada haiwan tidak diambil endah oleh manusia. Haiwan yang kemalangan akan mati dan dibiarkan begitu sahaja.
Kejadian ini berlaku di bandar Chiayi, Jalan Chenggong dan Jalan Xirong, Seekor kucing jalanan telah dilanggar dan mati secara tragik di atas jalan. Seperti biasa pengguna jalan raya dan pejalan kaki hanya melihat kucing yang mati tersebut dan hanya membiarkannya sahaja.
Tetapi tindakan seorang pelajar lelaki sekolah menengah yang membantu kucing malang tersebut, menyebabkan orang ramai kagum dengan tindakan mulia budak tersebut.
Kanak-kanak dari Sekolah Menengah Chengsung itu mengambil sebuah kotak dan menggunakan kotak tersebut untuk meletakkan kucing tersebut.
Pelajar itu mengangkat kucing yang mati tersebut dan diletakkan di dalam kotak. Netizen memberi respon dengan mengatakan: “Daripada tindakannya, anda boleh ketahui bahawa kanak-kanak ini seorang yang terdidik.”
Orang ramai dilihat kagum dan tersentuh dengan tindakan prihatin kanak-kanak tersebut. Gambar yang dikongsikan di laman sosial membuatkan pengguna laman sosial ini mengangkat tindakan kanak-kanak tersebut sebagai tindakan berani dan mulia. Mereka memuji-muji tindakannya. Budak tersebut ternyata mempunyai hati yang besar, sebesar keberaniannya. Tindakan budak lelaki tersebut seolah-olah memberi penghormatan terakhir kepada kucing terbiar tersebut di saat kematiannya.

Thursday, 5 October 2017

Khasiat Daun Kucai

Image result for daun kucai
Kucai atau bawang kucai dikenal sebagai sayuran daun. Daun kucai biasa digunakan dalam masakan bubur ayam. Kucai berdaun pipih dan bunganya berwarna putih. Daunnya beraroma tajam dan pekat namun berbeda dengan aroma daun bawang. Bunga kucai dapat digunakan pula sebagai rempah penyedap. Berikut artikel mengenai manfaat daun kucai untuk kesehatan.Kucai merupakan tanaman berumbi, tetapi juga memiliki batang yang panjang dan berlubang yang merupakan bagian tanaman yang dapat dimakan. Dalam hal pengobatan, kucai juga memiliki sifat seperti bawang putih. Berikut ini manfaat kucai bagi kesehatan.

MANFAAT DAUN KUCAI

Berikut 11 manfaat daun kucai bagi kesehatan :

1. MEMBANTU MENGATASI MASALAH PENCERNAAN

Kandungan senyawa organik yang terkandung dalam daun kucai dapat meringankan ketidaknyamanan pencernaan. Selain itu, daun kucai memiliki kualitas antibakteri alami yang dapat menghilangkan berbagai bakteri, terutama salmonella yang dapat mengganggu sistem pencernaan.

2. KESEHATAN KARDIOVASKULAR

Salah satu senyawa organik yang paling penting yang dapat ditemukan dalam daun kucai adalah allicin yang dapat menurunkan tingkat “kolesterol jahat” dalam tubuh dan meningkatkan kesehatan jantung.
Allicin juga dapat menurunkan tekanan darah dan mengurangi ketegangan kardiovaskular. Selanjutnya, quercetin dalam daun kucai juga dapat menurunkan kadar kolesterol dan plak di arteri, mencegah aterosklerosis, menurunkan risiko stroke dan serangan jantung.
Related image

3. MENINGKATKAN DAYA TAHAN TUBUH

Tingginya kandungan vitamin C dalam daun kucai dapat membantu meningkatkan efektivitas sistem kekebalan tubuh dengan merangsang produksi sel darah putih dan merangsang produksi kolagen, yang merupakan komponen penting dalam penciptaan pembuluh darah, sel, jaringan, dan otot baru.

4. KESEHATAN TULANG

Adanya vitamin K dalam daun kucai sangat penting dalam pemeliharaan densitas mineral tulang dan integritas tulang, karena apabila kepadatan mineral tulang kita mulai menurun akan menyebabkan kondisi seperti osteoporosis dan memperburuk kondisi peradangan seperti arthritis.
Image result for daun kucai

5. MENCEGAH RISIKO KANKER

Kandungan quercetin dalam daun kucai efektif dalam mencegah berbagai macam kanker, termasuk kanker payudara, prostat, usus, paru-paru, dan ovarium. Selain itu, vitamin C dan vitamin K juga membantu menurunkan kadar radikal bebas dalam tubuh yang dapat mempercepat penyebaran atau munculnya sel kanker. Kemudian, adanya zeaxanthin dan lutein yang merupakan senyawa antioksidan yang dapat menurunkan risiko kanker mulut.

6. KESEHATAN MATA

Lutein dan zeaxanthin dalam daun kucai juga berfungsi mengurangi stres oksidatif dalam sistem mata dan menunda munculnya katarak di mata. Kedua zat tersebut dapat membantu memperlambat atau mencegah degenerasi makula, menjaga mata Anda sehat hingga usia tua.
Image result for daun kucai

7. MENCEGAH CACAT LAHIR

Kandungan asam folat dalam daun kucai sangat penting bagi ibu hamil yang ingin memastikan perkembangan kesehatan bayi mereka. Asam folat juga diyakini dapat mencegah cacat tabung saraf bagi bayi yang baru lahir.

8. SISTEM PEREDARAN DARAH

Hadirnya flavonoid dalam daun kucai  berperan menstabilkan tekanan darah dan mengurangi hipertensi, sedangkan vitamin C dapat membantu meningkatkan elastisitas pembuluh kapiler darah dan memfasilitasi penyerapan zat besi dalam tubuh. Kemudian, kandungan asam folat juga membantu meningkatkan sirkulasi darah dengan mencegah penyempitan pembuluh darah dan mencegah pembekuan darah.

9. ANTI PENUAAN DINI

Vitamin C dan E dalam daun kucai memiliki sifat antioksidan yang dapat memerangi radikal bebas yang menyebabkan kerusakan pada sel-sel dan mencegah penuaan kulit seperti garis-garis halus dan kerutan.
Related image

10. MEMBANTU MENYEMBUHKAN LUKA DENGAN CEPAT

Daun kucai kaya akan vitamin C yang merupakan antioksidan larut dalam air. Vitamin ini dapat meningkatkan elastisitas pembuluh darah dan kulit, mencegah memar dan dapat membantu menyembuhkan luka dengan cepat.

11. MERANGSANG PERTUMBUHAN RAMBUT

Daun kucai dapat merangsang pertumbuhan rambut dengan meningkatkan aliran darah ke kulit kepala dan akar rambut. Selain itu, daun kucai juga efektif dalam mengurangi atau menghilangkan rasa gatal di kulit kepala.

Monday, 2 October 2017

Khasiat Buah Pisang

Image result for pisang
Rahsia Kelebihan Dan Kebaikan Buah Pisang

Buah Pisang merupakan buah-buahan tropika yang mudah kita temui di Malaysia.Selain itu, harganya pun juga agak murah berbanding dengan buah-buahan lainnya. Namun, mungkin anda tidak menduga bahawa sesederhana buah pisang yang biasa diketemu sehari-hari itu ternyata memiliki seribu macam manfaat, mulai dari perlindungan kardiovaskuler, menjaga kesihatan mata, memperbaiki tulang, sehinggalah berupaya mencegah kanser buah pinggang.

BERIKUT ADALAH SENARAI MANFAAT DAN KHASIAT BUAH PISANG:


1. Perlindungan Kardiovaskuler
Pisang adalah salah satu sumber terbaik untuk potassium, iaitu mineral penting yang menjaga tekanan darah normal dan fungsi hati. Rata-rata, pisang yang terdiri daripada 467 mg potasium dan 1 mg sodium, boleh membantu pencegahan tekanan darah tinggi dan atherosclerosis.
Sebuah penyelidikan yang ditulis di Archives of Internal Medicine mendedahkan bahawa makanan dengan serat tinggi, seperti pisang, membantu penyakit hati. Penyelidikan sepanjang 19 tahun menunjukkan bahawa orang yang makan banyak serat, sekitar 21 gram sehari, mempunyai kadar penyakit jantung koroner 12% lebih sedikit, dan 11% penyakit kardiovaskuler lebih sedikit berbandingkan dengan yang memakan serat sedikit (5 gram sehari).
Image result for pisang

2. Menjaga Kesihatan Mata


Ketika kecil, orang tua anda tentunya menyuruh untuk banyak makan karot supaya mata kita sentiasa sihat dan baik. Namun, sebagai orang dewasa, buah-buahan merupakan sumber lebih penting dalam menjaga kesihatan mata.
Studio yang terdiri daripada 100,000 orang peserta yang diminta mengkonsumsi buah, sayuran, vitamin antioksidan A, C dan E, serta carotenoid untuk menilai pembentukan penyakit mata ARMD, menunjukkan bahawa konsumsi sayuran, vitamin antioksidan dan carotenoid tidak berkaitan dengan penyakit tersebut. Sementara itu, konsumsi buah-buahan menunjukkan perlindungan terhadap penyakit mata yang kuat ini.
Image result for pisang

Memperbaiki Tulang

Mengkonsumsi pisang secara rutin akan membantu tubuh anda menyerap kalsium secara lebih baik. Pisang mengandungi banyak fruktooligosakarida, yang merupakan prebiotik atau bakteria yang baik bagi usus besar anda.
Bakteria ini mengeluarkan enzim serta vitamin yang meningkatkan kemampuan penyerapan nutrisi serta melindungi terhadap mikroorganism jahat. Kemampuan tubuh untuk menyerap kalsium juga menjadi lebih baik, sehingga bagus untuk tulang. Selain itu, risiko kanser usus juga berkurangan.
Related image

Menyihatkan Ginjal

Penyelidikan dari International Journal of Cancer menunjukkan bahawa konsumsi buah dan sayuran, terutama pisang, secara berkala boleh melindungi tubuh.
Penyelidikan selama 13.4 tahun merangkumi penduduk yang terdiri daripada 61,000 wanita usia 40-76 menunjukkan bahawa wanita yang memakan lebih daripada 75 buah dan sayuran sebulan (atau 2.5 se hari) mengurangkan risiko kanser buah pinggang sebanyak 40%. Di antara buah-buahan lain, pisanglah yang paling melindungi.
Image result for pisang
Beberapa Tips Tambahan:

  • Makanlah pisang yang buahnya benar-benar matang, kerana semakin matang buahnya, maka level antioksidannya juga semakin tinggi. (Penyelidikan Universiti Innbruck Austria)

  • Jika anda ingin mempercepat proses matangnya, maka taruh pisang dalam sebuah paper bag atau bungkus dengan akhbar

  • Selain dimakan biasa atau menjadi salad, sandwic atau kerepek pisang dengan mentega kacang dan madu juga merupakan hidangan yang lazat.

  • Selain itu, anda juga boleh menghidangkannya dengan cara dipotong-potong kecil dan dimasukkan ke sarapan oatmeal bersama susu segar anda.

Monday, 18 September 2017

Sukan Para ASEAN ke 9 Di Buka Penuh Gemilang

17 September 2017 (Ahad) - Stadium Nasional Bukit Jalil, venue upacara pembukaan dan penutup Sukan SEA ke-29 bulan lepas, sekali lagi menyaksikan kemeriahan dan bermandikan cahaya tetapi kali ini sempena upacara perasmian Sukan Para ASEAN ke-9.
 6
  Tirai temasya sukan dwi-tahunan itu dibuka dengan penuh gemilang dan berwarna-warni pada Ahad (17 Sept) menampilkan kepelbagaian budaya dan kesenian tempatan di samping menonjolkan keunikan golongan kelainan upaya di rantau Asia Tenggara. 
  Majlis bermula dengan perarakan masuk bendera kontinjen bersama bendera Persekutuan Para ASEAN ke-9 oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia. Perarakan masuk kontinjen didahului oleh Brunei dan diikuti oleh Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste, Vietnam dan tuan rumah Malaysia. Kontinjen Malaysia diketuai Chef-de-Mission Laksamana Pertama Dato' Subramaniam Raman Nair manakala dua wira paralimpik - Ziyad Zolkefli dan Abdul Latiff Romly diberi penghormatan sebagai pembawa bendera.
 5
  Upacara perasmian yang bertemakan Bangkit Bersama turut memperkenalkan maskot Para Rimau yang berkerusi roda. Sejurus selepas itu, persembahan muzikal dan kebudayaan dimulakan oleh The Beautiful Gate Foundation, Persatuan Syndrome Down Malaysia, United Voice Self Advocacy Society of Persons with Learning Disabilities Selangor & Kuala Lumpur dan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah dan diserikan dengan kumpulan Penari Sayang Farah Sulaiman.
 
Setelah selesai, Presiden Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF), Major Jeneral Osoth Bhavilai dan Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaludin menyampaikan ucapan masing-masing sebelum Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan pembukaan Sukan Para ASEAN ke-9. 
 4
Pemain piano autistik, Clarence Kang kemudian mengiringi paparan ilustrasi hasil nukilan anak-anak daripada Persatuan Syndrome Down Malaysia yang memaparkan perspektif mereka tentang Sukan Para ASEAN.
  Stadium Nasional Bukit Jalil yang dibanjiri lebih 40,000 orang terus bergemuruh apabila penyanyi bertaraf antarabangsa Yunaris Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna tampil menyampaikan lagu "Rescue."
 3
    Atlet powerlifting, Sharifah Raudzah Syed Akil kemudian mengetuai bacaan ikrar mewakili atlet yang mengambil bahagian. Sejurus selesai pembacaan ikrar, tiba giliran perarakan masuk obor kejohanan oleh lima jaguh para iaitu Hasihin Sanawi, Afiq Afifi Rizan, Krishna Kumar Haridas, Siti Noor Radiah Ismail dan Fraiden Dawan. Sukan Para ASEAN yang berlangsung dari 17 hingga 23 Sept, menampilkan 1,421 atlet daripada 11 negara. Sebanyak 16 sukan dipertandingkan dengan menawarkan 368 pingat emas.
 Image result for para asean 2017 opening ceremony

Tuesday, 12 September 2017

Khasiat Ubi Keledek


Khasiat Ubi Keledek Baik Untuk Kesihatan,ok!: Ubi keledek biasanya digunakan dalam masakan sebagai hidangan petang dalam bentuk gorengan atau kuih seperti lepat dan kuih talam. Bagaimanapun daun ubi keledek yang kaya dengan nutrisi biasanya dibuang begitu saja atau dijadikan makanan ternakan.


9 Khasiat Ubi Keledek Baik Untuk Kesihatan


Kajian menunjukkan daun keledek kaya dengan polifenol, lutein, vitamin A dan B, kalsium serta zink. Di negara ini, walaupun ubi keledek ditanam dengan meluas tetapi banyak yang tidak diketahui mengenai tanaman ini.

Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. K Jeevan berkata, kandungan nutrisi bagi daun keledek setara dengan sayuran yang dibeli di pasar.

"Tambahan pula kosnya murah memandangkan daun keledek merupakan bahan sampingan tanaman keledek.

"Ini membolehkan masyarakat mendapatkan nutrisi dengan kos yang lebih rendah," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor.


Kajian ke atas kandungan polifenol dan ciri anti radikal dilakukan bagi mencari punca sumber antioksidan semulajadi, makanan berfungsi dan nutraseutikal.

Sayuran berdaun seperti daun keledek mempunyai kelebihan dituai beberapa kali setahun menjadikannya mudah dipasarkan.
Image result for ubi keledek
Dr. Jeevan menambah, kandungan antioksidan dan polifenol yang tinggi berbanding sayuran lain dapat memberikan pilihan kepada pengguna mendapatkan sayuran berkhasiat pada harga yang murah.

Selain itu, daun ubi keledek yang mengandungi bahan semulajadi boleh membantu mengurangkan pergantungan kepada bahan sintetik import yang digunakan dalam pembangunan produk makanan.

"Jika daun keledek digunakan sebagai sayuran bermakna daun yang biasanya dibuang boleh menjadi sumber ekonomi kepada pekebun kecil.
Image result for ubi keledek
"Ini bakal memberikan kesan yang besar kepada sektor pertanian dan makanan selain pembukaan lebih banyak ladang keledek manakala pengeluar makanan akan dapat mengurangkan kos bahan mentah," katanya.

Bahan aktif dalam daun keledek sesuai digunakan sebagai bahan untuk snek berkhasiat dan tepung dalam pembuatan roti dan mi.


Khasiat Ubi Keledek Ungu



Khasiat ubi keledek ungu jarang diketengahkan sedangkan makanan yang sering dihidangkan diwaktu petang itu mempunyai pelbagai khasiat seperti vitamin B, C dan E, zat mineral, beta karotin, protein dan kanji.


9 Khasiat Ubi Keledek Baik Untuk Kesihatan


Kandungan anthocyanin dalam ubi keledek mempunyai kelebihan termasuk melindungi kerosakan DNA, membantu mengurangkan perkembangan sel kanser, menstabilkan penyakit kencing manis serta meningkatkan daya ingatan.

Kajian oleh penyelidik dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mendapat tempat di pasaran komersial dan bakal diinovasikan kepada pelbagai produk seperti makanan, produk kecantikan dan sebagainya.

Menyedari hakikat itu, USIM menjalinkan kerjasama dengan Nutramedica Laboratories Sdn. Bhd. untuk pemindahan teknologi pengekstrakan Anthocyanin daripada ubi keledek ungu (Purple Sweetpotato, PSP).
Image result for ubi keledek
Anthocyanin adalah salah satu antioksidan yang penting untuk kesihatan dalaman dan luaran bagi memerangi serangann pelbagai penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, kanser dan lain lain penyakit moden serta proses penuaan.

Penyelidikan USIM yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Zaiton Hassan dan pasukannya menunjukkan bahawa anthocyanin daripada keledek ungu memberi warna merah kebiruan yang stabil apabila digunakan pada produk yang diproses menggunakan haba seperti penghasilan minuman dan makanan.


9 Khasiat Ubi Keledek



1. Kandungan vitamin B6 yang tinggi. Vitamin B6 membantu untuk mengurangkan 'homocysteine' kimia dlm badan kita. Homocysteine dikaitkan dengan beberapa penyakit dan kandungan Vitamin B6 di dlm ubi keledek dapat mencegah daripada serangan jantung.

2. Sumber Vitamin C yang baik. Kita sedia maklum bahawa vitamin C adalah penting untuk membantu imunisasi badan dan mengelakkan daripada diserang virus selsema. Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa vitamin C juga memainkan peranan dlm pembentukan tulang dan gigi, sistem penghadaman dan pembentukan sel darah. Selain itu, vitamin C juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menghasilkan kolagen yang berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit dan turut membantu kita apabila sedang 'stress'. Ia juga membantu melindungi badan daripada terdedah dengan toksin yang boleh mengakibatkan kanser.
Image result for ubi keledek
3. Kandungan Vitamin D dalam ubi keledek penting untuk sistem imun dan kesihatan keseluruhan. Mungkin anda pernah mendengar tentang Seasonal Affective Disorder (SAD) yang dikaitkan dengan matahari yg tidak mengcukupi dan ini menyebabkan seseorang itu kekurangan vitamin D. Vitamin D memainkan peranan yg penting dlm tahap tenaga, mood dan juga membantu membina tulang yang sihat, jantung saraf, kulit dan gigi serta menyokong kelenjar tiroid.

4. Ubi Keledek mengandungi besi (iron). Ramai orang tidak menyedari bahawa kite memerlukan galian besi yang membantu kita untuk mempunyai tenaga yang mengcukupi serta memainkan peranan yang penting didalam badan manusia seperti pengeluaran sel darah merah dan putih, ketahanan terhadap tekanan, fungsi imun dan metabolisme protein.

6. Ubi Keledek juga mengandungi sumber magnesium yang baik di mana merupakan mineral relaksasi dan anti-tekanan. Magnesium diperlukan agar arteri, darah, tulang, jantung, otot dan fungsi saraf berada dlm keadaan sihat dan normal.

7. Ubi Keledek merupakan sumber kalium (potassium), ianya salah satu elektrolit yang penting untuk badan manusia yang membantu mengawal isyarat degupan jantung dan saraf. Seperti elektrolit lain, kalium berfungsi dlm merehatkan otot yang mengecut, mengurangkan bengkak dan melindungi dan mengawal aktiviti buah pinggang.
Image result for ubi keledek
8. Ubi Keledek mempunyai rasa manis yang semulajadi dan gula semulajadi tersebut dilepaskan ke dalam aliran darah dan membantu untuk menghasilkan sumber tenaga serta memastikan tenaga berada dlm keadaan seimbang dan tetap tanpa dikaitkan dengan keletihan dan pertambahan berat badan.

9. Warna oren ubi keledek menunjukkan bahawa kandungan karotenoid yg tinggi seperti beta karotin dan lain-lain. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit dan ianya merupakan antioksida yang membantu melawan kanser dan melindungi kesan penuaan. Kajian di Universiti Harvard, lebih daripada 124,000 orang menunjukkan pengurangan 32 peratus risiko kanser paru-paru bagi mereka yang mengamalkan pelbagai makanan yang kaya dengan karotenoid sebagai sebahagian daripada diet.
Related image
tips: Memilih/membeli ubi keledek yang segar adalah sangat bagus. Elakkan dari membeli ubi keledek yang pecah dan agak layu. Kemudian simpan ubi keledek itu di tempat yang jauh dari sinaran matahari dan berada di suhu bilik. Ubi keledek tersebut mampu bertahan lama dengan anggaran selama satu ke dua minggu.