View My Stats

Thursday 12 October 2017

Kucing Mati Dilanggar - Tindakan Mulia Seorang Remaja

Remaja lelaki ini melihat seekor kucing Mati Dilanggar, Apa Yg Budak Ini Lakukan Buat Ramai TERPANA !!! | Kemalangan jalan raya biasa terjadi, tak kira manusia atau haiwan semuanya terdedah dengan bahaya ketika di jalan raya. Banyak kemalangan yang berlaku kepada haiwan tidak diambil endah oleh manusia. Haiwan yang kemalangan akan mati dan dibiarkan begitu sahaja.
Kejadian ini berlaku di bandar Chiayi, Jalan Chenggong dan Jalan Xirong, Seekor kucing jalanan telah dilanggar dan mati secara tragik di atas jalan. Seperti biasa pengguna jalan raya dan pejalan kaki hanya melihat kucing yang mati tersebut dan hanya membiarkannya sahaja.
Tetapi tindakan seorang pelajar lelaki sekolah menengah yang membantu kucing malang tersebut, menyebabkan orang ramai kagum dengan tindakan mulia budak tersebut.
Kanak-kanak dari Sekolah Menengah Chengsung itu mengambil sebuah kotak dan menggunakan kotak tersebut untuk meletakkan kucing tersebut.
Pelajar itu mengangkat kucing yang mati tersebut dan diletakkan di dalam kotak. Netizen memberi respon dengan mengatakan: “Daripada tindakannya, anda boleh ketahui bahawa kanak-kanak ini seorang yang terdidik.”
Orang ramai dilihat kagum dan tersentuh dengan tindakan prihatin kanak-kanak tersebut. Gambar yang dikongsikan di laman sosial membuatkan pengguna laman sosial ini mengangkat tindakan kanak-kanak tersebut sebagai tindakan berani dan mulia. Mereka memuji-muji tindakannya. Budak tersebut ternyata mempunyai hati yang besar, sebesar keberaniannya. Tindakan budak lelaki tersebut seolah-olah memberi penghormatan terakhir kepada kucing terbiar tersebut di saat kematiannya.

No comments:

Post a Comment