View My Stats

Tuesday, 15 August 2017

Bunga Raya - Bunga Kebangsaan Malaysia

Sempena bulan Ogos - bulan kemerdekaan Malaysia - Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.

Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan.
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.  

Selepas perbincangan  Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Hanya Bunga Raya merah atau Hibiscus Rosa ini di pilih sebagai  
Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya atau Hibiscus Rosa telah dipilih sebagai bunga kebangsaan Malaysia pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 

Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran. 

Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai "Queen Tropical Flowers" ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan. 

Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. 

Anda lihatlah juga beberapa lagi spesis bunga raya yang berlainan rupa, warna dan saiz yang menyerlahkan bahawa betapa banyaknya variasi bunga raya ini. Ini hanyalah sebahagian kecil daripadanya...
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Kebelbagaian warna, bentuk dan saiz menyerlahkan keunikan dan keistimewaan bunga raya ini. Ada sesiapa yang tahu apakah maksud disebalik stigma bunga raya itu?
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Sebagai warganegara Malaysia, informasi asas mengenai bunga kebagsaan ini wajarlah kita ketahui. Semoga ianya dapat memberi serba sedikit ilmu buat anda. Bunga raya bukan sekadar cantik di halaman tapi ianya mempunya makna yng lebih dari itu. 

Bunga raya menjadi perhiasan,
Cantik bergaya mekar dihalaman,
Bunga raya bunga kebangsaan,
Lambang budaya dan perpaduan.

petikan : http://www.relaksminda.com/2013/08/bunga-raya-bunga-kebangsaan-malaysia.html

Monday, 31 July 2017

5 Tempat Paling Panas Di Dunia

1. Death Valley, California
The Death valley, California merupakan lembah padang pasir yang sangat panas pada 134 darjah fahrenheit atau 56 darjah celcius. Ia merupakan kawasan paling kering di Amerika Utara dan terletak pada garisa sempadan Nevada dan California. Ia ditempatkan disudut Gurun Mojave. Suatu masa dulu kawasan ini dipenuhi air yang banyak, namun ia kini menjadi padang pasir yang sangat panas. Tempat-tempat menarik adalah seperti "Telescope Point" yang dianggap sebagai titik paling rendah di Amerika. 


2. Al Aziziya, Libya

Ia terletak dibahagian barat utara Libya, Al Aziziyah atau El Azizia adalah ibu kota Jafara. Ia merupakan salah satu tempat terpanas didunia dan ia kira-kira dalam 41 km dari barat daya Tripoli. Suhu tertinggi yang pernah dicatatkan dalam bandar adalah 136 darjah fahrenheit atau 57.8 darjah celcius.


3. Ghudamis, Libya

Ghudamis terletak di Libya ia jugak dikenali sebagai Ghadames atau Ghademis. Ia pada asalnya adalah bandar oasis yang terletak di Barat Laut Libya di Daerah Nalut rantau Tripolitania ini. Bandar ini disenaraikan teratas dalam senarai tempat paling panas dan dikenali sebagai "Pearl of Libya". Bandar kecil ini terletak disempadan Algeria. Ia terkenal dengan rumah-rumah sawit dan bata lumpur dikalangan penjalan kaki labirin. Kini ia adalah destinasi pelancongan yang sangat popular. Suhu sehingga 130 darjah fahrenheit atau 54 darjah celcius


4. Kebili, Tunisia

Kebili dianggap satu-satunya bandar-bandar utama di Nefzaoua. Merupakan padang pasir yang yang boleh dilawat oleh pelawat dan berjaya mengalahkan panas terik Afrika Utara. Oasis mereka merangkumi lapisan pokok sawit yang menyediakan tempat tinggal yang diperlukan dan mempunyai air. Suhu tertinggi yang pernah dicatatkan adalah 131 darjah Fahrenheit atau 55 darjah celcius dan mungkin paling tinggi di Afrika. Ia juga dikenali sebagai salah satu padang pasir yang paling indah dengan landskap menarik dan dedaun kelapa yang menakjubkan.


5. Timbuktu, Mali
Sebelum ini ia dieja sebagai Timbuctoo atau Timbuktoo. Bandar ini terletak di Mali. Ia terletak 20km dari Sungau Niger berada di arah selatan "Sahara Great Desert". Bandar ini terkenal dengan masjidnya yang indah dan cantik seperti Masjid Djingareiber, Masjid Sankore dan Masji Sidi Yehia. Oleh itu bandar ini dinamakan diiktiraf sebagai tapak warisan dunia. Kebanyakkan masjid ditutup untuk pelawat bukan Islam. Suhu sehingga 130 darjah fahrenheit atau 54 darjah celcius

petikan : http://infoterma.blogspot.my/2015/03/top-5-tempat-paling-panas-didunia.html

Monday, 3 July 2017

Khasiat Sayur Bayam


Antara 6 Khasiat Sayur Bayam Untuk Kesihatan


Malisa Aina

petite, nail biter, foodaholic

[ Kesihatan ] Antara 6 Khasiat Sayur Bayam Untuk Kesihatan


Bayam adalah salah satu daripada sayuran yang menjadi pilihan ibu bapa kerana mereka mempercayai khasiat yang ada pada sayuran ini. Sebenarnya, bayam atau nama botaninya spinacia oleracea, ini bukan sahaja berkhasiat untuk kanak-kanak tetapi berkhasiat buat semua.
1. MEMBINA TULANG YANG KUAT 
Pengambilan sayur bayam secara berkala boleh mencegah Osteoporosis. Sumber vitamin K yang terbaik dari bayam cukup membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan maksimum.

2. MEMBINA SALUR DARAH YANG BAIK 
Bayam juga kaya dengan zat besi. Zat besi penting dalam membina sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan.

3. MENJAGA KESIHATAN JANTUNG 
Sifat antioksidannya mencegah pengumpulan plak kolesterol pada arteri. Bayam juga bagus dalam mengawal tekanan darah.

4. MENCEGAH KANSER 
Mengandungi flavanoid yang mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.

5. BAGUS UNTUK IBU MENGANDUNG 
Bayam mengandungi sumber vitamin A dan folat yang sangat diperlukan dalam pembentukan paru-paru bayi dan sistem saraf yang lengkap.

6. MATA YANG SIHAT 
Bayam mampu melindungi mata dari proses penuaan yang berubah seiring usia. Amalkan pengambilan secawan bayam sehari untuk mendapatkan mata yang sihat

Wednesday, 3 May 2017

10 KHASIAT SERAI YANG PERLU ANDA KETAHUI.


Image result for serai
Serai kerap di gunakan dalam masakan dan juga dalam pembuatan minyak wangi namun tahukah anda serai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita? 

Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian. 

Mari lihat 10 manfaat serai untuk kesihatan. Tips di bawah juga amat mudah dilakukan tanpa perlu berbelanja lebih. 

1. Memutihkan gigi 
Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya. 

2. Mengatasi masalah perut 
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan. 

3. Serai sebagai 'Pain Killer' 
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi. 
Image result for serai
4. Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang. 

5. Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang. 

6. Agen pencegah kanser 
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

7. Menurunkan tekanan darah
Serai juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.
Image result for serai
8. Mencantikkan kulit
Penggunaan daun serai juga sudah tidak asing dalam bidang kosmetik. Efek dari penggunaan kosmetik yang mengandung daun serai adalah dapat menghilangkan jerawat dan berfungsi juga sebagai penyegar wajah.

9. Mengubati infeksi kulit
Serai memiliki kandungan zat anti-mikroba dan anti-bakteria. Kandungan tersebut berguna khususnya dalam mengubati infeksi(jangkitan) pada perut, usus, saluran najis dan luka. Serai juga banyak dipercayai dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit seperti infeksi kulit, tipus, keracunan makanan, dapat juga menghilangkan bau badan.

10. Sebagai diuretik
Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.

Monday, 27 February 2017

Khasiat Buat Delima Untuk Kesihatan

"Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima," 
[Surah al Rahman ayat 68].

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)

Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat)
Buah delima memang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita antaranya ialah:

Khasiat Buah delima untuk kesihatan

1. Buah delima  mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer.

2. Buah delima   dapat Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.

3. Buah delima   dapat  Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
4. Buah delima dapat  Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.

5. Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan  sel-sel leukemia kembali menjadi normal.

6. buah delima  membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki  yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.
Image result for buah delima
7. Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik

8. Buah delima   Sumber nutrisi Sebiji  buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi  folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.


Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit

sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.

Kandungan gula Buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
Image result for buah delima

Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung

-Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.

-Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi. Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
Related image
Antara lain juga khasiat Buah Delima ialah:
  • Melawan penyakit gout
  • Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
  • Merawat ‘sinus’
  • Meningkatkan tenaga
  • Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
  • Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
  • Menormalkan fungsi hati
  • Menstabilkan peredaran darah
  • Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
  • Mencuci darah kotor
  • Antioksida yang tinggi
  • Menstabilkan paras kolesterol
  • Mencegah penyakit jantung
  • Mencegah penyakit barah
  • Merangsang tenaga batin
Amalan makan buah delima atau jus delima setiap hari akan mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya.

Monday, 20 February 2017

Pendaki Sesat Di Gunung Irau, Cameron Highlands

Sesat di Gunung Irau
19 Februari 2017 (Ahad) - KUALA LUMPUR: Seorang pendaki wanita dilaporkan sesat di Gunung Irau, di Cameron Highlands sekitar jam 5.30 petang semalam semasa menuruni trek gunung berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhamad Haziq Hazmi mengesahkan identiti pendaki berkenaan sebagai Norfatin Sulaiman, 28, yang menetap di Bangsar, Kuala Lumpur.

Ujar beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada rakan mangsa pada sekitar 11.20 malam dan operasi mencari dan menyelamat mangsa telah digerakkan sejak 1 pagi tadi bagi mencari mangsa.

Operasi melibatkan empat anggota bomba dan penyelamat serta dua anggota polis.

Difahamkan terdapat lima kumpulan yang menuruni trek Gunung Irau ketika itu. Namun separuh perjalanan, rakan mangsa hanya menyedari bahawa mangsa tidak bersama dalam kumpulan.

"Setengah jam perjalanan ahli kumpulan turun dari puncak Gunung Irau, mangsa masih bersama kumpulan. Setelah sampai di Mini Irau, mangsa seterusnya turun dari Mini Irau sampai di CP (check point) Pisang pada jam 5.30 petang.

"Separuh perjalanan, ahli kumpulan mendapati mangsa tiada bersama dalam kumpulan. Kali terakhir mangsa dilihat adalah di CP Pisang. Kami percayai mangsa tersasar dari laluan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Pada ketinggian 2,110m, Gunung Irau merupakan puncak tertinggi di Cameron Highlands. Suhu di dalam hutan boleh mencecah di antara 13 hingga 17 darjah Celcius. Ketika ini, operasi SAR masih lagi dijalankan. Petkan : Astro Awani

Terkini : 20.2.2017 - Isnin - jam 3.00 petang - Alhamdulilah - Mangsa yang sesat telah ditemui dengan selamat