View My Stats

Tuesday, 2 July 2013

Tips Percutian Ke Ho Chi Minh (HCM) Vietnam

(Rujuk Blog Archive disebelah kanan untuk pengalaman percutian hari 1 ke 4 HCM)

Nota : HCM adalah syurga untuk membeli belah. Macam-macam barangan yang ada dengan harga yang berpatutan...so pastikan bawa duit secukupnya, dan jangan lupa tawar-menawar harga barangan itu serendah yang mungkin.....anda pasti tertawan dengan barangan yang ada disana.....selamat BERSHOPPING (Nota : Harga barang-barang yang dibeli di HCM saya tak nyatakan dalam blog ni coz yang shopping tu orang rumah..tak ingat harga barang yang dibeli....huhu)

1. Kalau belum pernah ke Ho Chi Minh City Vietnam, anda dinasihatkan untuk mengambil pakej perlancongan dengan agensi pelancongan. Pilih pakej perlancongan yang HALAL DAN MUSLIM tour. Now disebabkan semakin ramai rakyat Malaysia yang datang melancong dan membeli belah di HCM, tempat makanan halal semakin banyak di Bandar Ho Chi Minh untuk memudahkan kita mencari makan.

2. Saya telah pergi dengan Kembara Sufi Travel & Tours. Saya amat berpuashati dengan bayaran RM1,399.00 untuk pakej 4H 3M, termasuk tiket flight, hotel, pengangkutan, lawatan yang telah di atur, makanan dan minuman HALAL. Walaupun ada orang kata harga agak mahal jika pergi dengan travel agensi, tapi bagi saya ianya memudahkan kita, sampai saja di airport HCM, dah ada orang datang jemput kita dan aturkan segala kemudahan untuk kita, sepanjang kita berada di HCM. Tempoh penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tan Son Nhat International Airport HCM lebih kurang 1 jam 45 minit.

*Kembara Sufi juga menyediakan pemandu pelancong fasih berbahasa melayu semasa di Vietnam. So kalau nak pergi bolehlah cari travel agensi yang boleh memberi perkhidmatan terbaik. laman web Kembara Sufi : kembarasufi.com atau boleh terus telefon Ustaz Fadzil (013-2988303), atau Ustaz Nawi (019-3026460).

3. Matawang untuk berbelanja di HCM boleh menggunakan Vietnam Dong (VD), Ringgit Malaysia dan Dollar Amerika. So boleh la bawa duit RM dan dollar Amerika untuk berbelanja di sana. Kalau nak tukar RM atau Dollar ke VD pun boleh untuk digunakan di HCM. Banyak mana nak bawa duit tu terpulanglah berapa banyak kita nak shopping kat sana..huhuhu

*Pertukaran Duit RM ke Vietnam Dong (VD) : Semasa saya tukar RM160.00 saya dapat 1,000,000 (1 juta VD) di Money Changer kat Bangi. So kalau nak tukar duit dari RM ke VD, tanya money changer tu berapa RM untuk 1 juta Dong Vietnam. Sifir mudah saya untuk convert duit nanti ialah 1,000,000.00VD bahagi RM160.00 = 6,250. Angka 6,250 akan saya guna nanti untuk convert dari RM ke VD dan sebaliknya.

*Masa pergi hari tu saya tukar dalam RM3,000.00 dan dapat lebih kurang 18,750,000VD (RM3,000.00 X 6,250 = 18,750,000VD)...huhu tu pun rasa tak cukup bila dah rambang mata shopping kat sana lebih-lebih lagi bila orang rumah kita yang berbelanja...huhuhu

*Menurut pemandu pelancong saya, duit VD diperlukan semasa kita naik teksi, makan dan minum, naik bas dan bayaran tiket masuk ke tempat-tempat menarik di HCM dan lain-lain. So pastikan dalam poket anda ada duit dong kay...banyak mana nak tukar VD tu bergantung kepada aktiviti kita semasa di HCM

*Duit tu saya tukar untuk shopping sahaja kerana yang lain telah cover dalam pakej seperti pengangkutan, hotel, makan dan lain-lain...So kalau pergi sendiri kena la buat anggaran bajet dengan betul kay berapa banyak duit yang nak bawa nanti...

Cadangan item untuk anggaran bajet seperti berikut :- 
(Kalau pertama kali pergi sendiri dan tanpa melalui travel agensi) :-
i) Tambang kapal terbang pergi dan balik
ii) Sewa hotel
iii) Makan dan minum sepanjang di HCM
iv) Bayaran sewa kenderaan atau bayaran teksi    
v) Bajet untuk shopping
vi) Ground pakej untuk lawatan ke tempat menarik di HCM
vii) Lain-lain perbelanjaan yang difikirkan sesuai
Bajet tertakluk berapa lama kita bercuti di Ho Chi Minh.
Nota : Jika anda nak melawat tempat-tempat menarik di HCM seperti Chu Chi Tunnel atau Sungai Mekong atau lain-lain, boleh bertanya kepada petugas hotel tempat anda menginap. Kebanyakan hotel di HCM ada menawarkan pakej lawatan ke tempat-tempat tersebut dengan harga yang telah ditetapkan.

Cara nak convert RM ke VD = RM1.00 = 6,250VD (masa saya tukar duit hari itu)
(tertakluk pasaran matawang dari masa ke semasa-kena check kadar tu sentiasa 
- boleh check kat internet atau kat money changer)
*Katakan harga hotel tu dalam RM100.00 so harga hotel tu dalam VD ialah
RM100.00 X 6,250  = 620,000VD


4. Kalau dah tukar duit ke Vietnam Dong (VD),  kita kena tahu sifir dia gak. Contohnya katakan harga kain sutera Vietnam harganya 200,000VD so harga dia dalam RM ialah 200,000VD bahagi 6,250 = RM32.00 (Tertakluk kepada pertukaran matawang semasa, boleh check kadar tu dalam internet atau kat money changer VD convert to RM). Kalau tak ada VD, tanya aje barang tu dalam ringgit atau tanya juga barang tu dalam Dollar Amerika kerana mereka terima RM dan Dollar Amerika. Kalau dah tukar banyak duit dalam Vietnam Dong kena la bawa kalkulator untuk kira balik dalam RM atau Dollar untuk perbandingan harga.

5. Kalau nak naik teksi dari Tan Son Nhat International Airport HCM untuk ke hotel penginapan anda, saya cadangkan anda naik teksi Vinasun, kerana teksi ini akan menggunakan meter. Saya pernah naik teksi ini dari airport untuk ke hotel saya menginap iaitu di hotel Hoang Hai Long 2, hotel dekat pasar Ben Thanh. Keluar aje airport, cari disebelah kiri airport tersebut ada kaunter teksi Vinasun seperti gambar di bawah.

Nanti bagitau petugas kaunter vinasun yang anda nak naik teksi tersebut untuk ke hotel penginapan. Nanti dia akan suruh anda untuk tunggu teksi di seberang jalan berhadapan dengan kaunter tersebut, dan tidak sampai 2 minit teksi Vinasun telah sampai untuk hantar kita ke hotel penginapan.

So kalau nak ke hotel di sekitar Ben Thanh Market dari airport, tambang teksi Vinasun dalam lingkungan 120,000VD bahagi 6250 = RM20.00 sehingga 200,000VD bahagi 6250 =  RM32.00 bergantung kepada kesesakan jalanraya. Jika jalanraya tidak sibuk, murah la sikit tambang dia. Nanti harga tambang tersebut akan terpampang dekat meter dalam teksi tersebut. So kita boleh tahu harga tambang yang sebenarnya. Yang bestnya teksi dia besar dan selesa serta beraircond. Teksi tersebut juga akan meminta bayaran sebanyak 10,000VD (lebih kurang RM1.60) sebagai bayaran airport gate fee.

*Kawan saya hari tu pergi berdua..so keluar aje lapangan terbang HCM, beliau lihat ada 2 orang rakyat malaysia nak naik teksi..so kawan saya tadi pergi jumpa yang 2 orang tu...selepas berbincang mereka berpakat untuk naik teksi vinasun secara berempat..coz harga tambang yang mereka kena hari itu adalah sebanayak 200,000 VD (RM32.00). Jadi kalau bahagi 4 orang harga tambang tu dalam 50,000VD (RM8.00) seorang sahaja...jimat tu
* Semasa naik teksi Vinasun pastikan anda ingat nombor teksi tu..bukan nombor plet dia tapi nombor teksi dalam bulatan merah yang berada di bahagian hujung belakang teksi tersebut. contoh gambar di atas, nombor teksi dia ialah 1071 (ingat nombor dalam bulatan merah tu),  Jika berlaku apa-apa nombor teksi tu nanti akan dijadikan rujukan

Ada juga rakan-rakan yang dah biasa pergi HCM naik bas dari Airport ke Ben Thanh market. Keluar jer airport naik bas nombor 152 dan akan berhenti betul-betul depan Ben Thanh Market. Tambang dia dalam 30,000 VD atau RM5.00 sahaja. 
Bas nombor 152 akan berhenti dekat dengan patung kuda depan Ben Thanh Market

6. Hotel yang ramai orang Malaysia menginap adalah disekitar Ben Thanh Market. Disamping banyak hotel, disini juga ada kedai makanan yang halal. (Lihat gambar di bawah untuk nama hotel dan tempat makanan halal dan boleh juga rujuk google search senarai hotel berhampiran Ben Thanh Market dan harga hotel tersebut). Yang penting kalau nak pergi shopping boleh jalan kaki aje...
                                                                      
 Ini Ben Thanh Market atau Pasar Ben Thanh


A&Em Hotel - Hotel Baru depan Pasar Ben Thanh

Blessing 1 Hotel - Terletak di Malaysian Street - 
Dekat Pasar Ben Thanh dan dekat restoran makanan halal

Thanh Thu Hotel, Saigon Pink 2, Hotel Hai Long 2 - terletak di Malaysian Street
Dekat Pasar Ben Thanh dan dekat restoran makanan halal 
Jalan ini dikenali sebagai Nguyen An Ninh Street @Malaysian Street, kerana ramai rakyat Malaysia yang datang akan menginap kat sini kerana banyak hotel, ada restoran makanan halal dan yang penting dekat dengan tempat shopping seperti pasar Ben Thanh

Hotel Tan Hai Long - terletak di Malaysian Street
Dekat Pasar Ben Thanh dan dekat restoran makanan halal 

Mia Gia Huy Hotel, hotel yang saya menginap ditempah oleh En. Alan, Pemandu Pelancong Saya. Hotel dia bersih dan selesa, WIFI laju gila, dekat dengan tempat makan halal dan Ben Thanh Market, Harga RM120.00 untuk 1 malam atau 750,000 VD

7. Kalau pertama kali datang sendiri dan tidak melalui agensi pelancongan dan anda hendak ke hotel penginapan, kalau boleh print siap-siap nama hotel dan tunjukkan kepada pemandu teksi semasa sampai di lapangan terbang Tan Son Nhat HCM. Sebagai contoh jika anda menginap di Hotel Saigon Pink 2, anda print siap-siap nama hotel tu, alamat dia dan kalau boleh print gambar hotel tu sekali dan bagitau serta tunjuk gambar tersebut kepada  pemandu teksi semasa anda nak naik teksi dari Airport. Contoh gambar di bawah (gambar dan alamat hotel nanti boleh cari kat internet dan print siap-siap). Kebanyakan pemandu teksi di Vietnam tidak fasih berbahasa inggeris. Selalunya pemandu teksi akan angguk faham bila tengok gambar hotel yang kita print tu... 
 Saigon Pink 2 Hotel 
32 Nguyen An Ninh Street, District 1, District 1 - Ben Thanh Market, Ho Chi Minh City, Vietnam

8. Kalau pertama kali datang sendiri ke HCM, kena tempah hotel awal-awal lagi kerana selalunya hotel di sekitar Ben Thanh Market penuh terutamanya pada hujung minggu atau musim cuti sekolah. Tempahan boleh dibuat melalui agoda.com atau lain-lain web yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Boleh check harga dan kekosongan bilik tersebut. Kalau pergi dengan agensi pelancongan mereka dah tempah dan sediakan hotel untuk kita.

9. Harga hotel adalah sekitar RM100.00 (625,000 VD) hingga RM300.00 (1,875,000 VD) semalam dan bergantung kepada jenis hotel tersebut dan ada juga hotel yang murah. Tempahan online agak murah sikit iaitu melalui agoda.com atau lain-lain web yang menyediakan perkhidmatan ini. Pergi kat Google search dan taip - hotel-hotel berdekatan pasar Ben Thanh. Check sekali kekosongan dan harga hotel yang nak ditempah tu kay...baca la juga komen dari pelanggan lain yang pernah menetap di hotel tersebut sebagai panduan.

10. Bab nie yang paling best iaitu shopping. Macam-macam ada untuk dibeli, so yang paling penting untuk dapat murah kena la pandai tawar menawar. Boleh tanya harga tersebut dalam ringgit so peniaga itu akan bagitau berapa harga barang tu dalam ringgit..so boleh compare harga tu kat Malaysia...murah wei....dan yang penting mereka terima RM. Tempat beli belah yang popular ialah Ben Thanh Market, pasar malam di kawasan tersebut, di Chinatown dan lain-lain tempat, macam-macam ada...

*Menurut pemandu pelancong saya, peniaga di HCM lebih suka menerima duit RM atau USD kerana apabila mereka tukar duit tersebut ke VD mereka akan mendapat lebih nilai dalam VD.

11. Kita boleh jahit terus baju kurung atau baju melayu atau baju blazer dan perkhidmatan ini banyak terdapat di Ben Thanh Market. Kita boleh membawa kain atau membeli kain dari kedai tersebut, dan suruh mereka jahit dan mereka akan siapkan dalam masa 1 hari hingga 3 hari sahaja dengan harga yang berpatutan. 

12. So kalau dah beli banyak barang kena la beli luggage lebih sikit dari syarikat penerbangan sebab kalau lebih luggage akan kena bayar. Kawan saya terlebih 20kg luggage dengan salah sebuah syarikat penerbangan dan dikenakan caj sebanyak 18USD untuk 1kg, so dia kena bayar = 20 kg X RM58.00 = RM1,160.00..banyak nak kena bayar tu. 

*So saya cadangkan kalau nak ambik luggage ambil la dalam 20 kg atau 25 kg atau 30 kg atau 40 kg seorang siap-siap semasa nak balik coz mesti banyak shopping punya (berat luggage tu bergantung banyak mana nak shopping), masa nak pergi tak payah la ambik luggage lebih, ...biar lebih luggage masa nak balik asalkan selamat dari nak kena bayar lebihan luggage tu...
*Jangan risau, kebanyakan hotel di HCM akan menyediakan timbang supaya anda boleh timbang luggage anda sebelum bertolak balik ke Malaysia...huhu orang vietnam pun tau yang orang Malaysia nie kuat tul membeli-belah...

Nota : Ada juga rakan saya yang pernah ditahan oleh Kastam Vietnam semasa nak balik ke Malaysia kerana membeli terlalu banyak kain sutera Vietnam, baju kurung, tudung, dan lain-lain sehingga 100 ke 200 pasang untuk berniaga. So dia kena panggil dengan kastam tersebut dan dikenakan cukai hampir RM1,000.00. Kastam Vietnam akan menahan penumpang secara random yang disyaki membeli barang yang banyak untuk berniaga.

13. Waktu di Vietnam lewat 1 jam dari waktu Malaysia. So kalau waktu jam kita 5.00 petang maka waktu Vietnam ialah jam 4.00 petang.

14. Berikut adalah di antara restoran makanan halal yang berdekatan dengan Ben Thanh Market dan sebenarnya banyak lagi restoran makanan halal yang lain tapi saya tak sempat nak explore. Kalau anda duduk dekat area Ben Thanh Market tak jadi masalah untuk dapatkan makanan halal. Harga makanan tersebut agak mahal sedikit sahaja berbanding Malaysia, tapi tak la mahal sangat dalam 130,000 VD atau lebih kurang RM20.00 untuk 2 orang...kira ok la tu. janji makanan tu halal....

Hajjah Basiroh Restoran - terletak di Malaysian Street
602792_471229116267357_1702104271_n
385353_471229039600698_1056236908_n
542000_471229292934006_501717493_n
538406_471229199600682_1516832937_n
537982_471229042934031_744956940_n


Gerai ni pula jual Pho - Meehoon Sup Vietnam, depan restoran Hajjah Basiroh, saya makan hari tu 2 meehoon sup, teh tarik satu, kopi vietnam satu, harga dia dalam 150,000 VD (150,000 VD X 0.00015 = RM22.50) untuk 2 orang, kira OK la tu...janji makanan tu halal dan dijual oleh orang islam champa. Yang pasti pho tu memang sedap wei

Kampung Melayu Halal Restoran - Sebelah Hajjah Basiroh Restoran

Ini pulak Restoran 1Malaysia - semua restoran ini
berdekatan antara satu sama lain dan halal dan berhadapan dengan hotel yang saya senaraikan kat atas tu...so kalau nak makan cukup senang wei..

Kalau pergi Vietnam jangan lupa cuba Kopi Vietnam kay...rasanya sedap macam 
kopi ais, ramaikan rakyat Malaysia tengah beratur nak beli kopi Vietnam
yang jual tu nama dia Salleh, berkopiah putih - Melayu Islam Champa, 
dia selalu menjual dihadapan restoran Hajjah Basiroh

15. Kena bawa travel adapter untuk pengunaan plug elektrik di HCM kerana plug elektrik tidak sama dengan Malaysia untuk charge telefon, charge kamera, mengosok pakaian atau lain-lain. Boleh beli travel adapter di kedai hardware di  Malaysia atau di pasaraya.

16. Orang Vietnam lebih gemar memanggil Ho Chi Minh sebagai Saigon. Mempunyai penduduk hampir 9 juta dan bandar Saigon ini sebenarnya lebih luas dari Kuala Lumpur dan merupakan pusat aktiviti ekonomi untuk negara Vietnam

17. Urusan pemeriksaan Imigresen amat mudah di Vietnam dan kita tidak perlu mengisi sebarang borang. Sampai saja di airport Tan Son Nhat, Ho Chi Minh, Vietnam, terus saja beratur di kaunter pemeriksaan Imigresen untuk pengesahan pasport.

18. Perasaan kagum melihat kegigihan rakyat Vietnam mencari rezeki baik orang muda atau pun orang tua. Asalkan mereka boleh mencari rezeki mereka akan bekerja keras untuk menyara kehidupan walaupun dengan pendapatan yang tidak seberapa.

19. Orang Vietnam suka makan makanan yang berasaskan sup dan suka makan sayur dan ulam-ulaman mentah. Sebab itu agak susah untuk kita lihat orang Vietnam gemuk dan kebanyakan mereka mempunyai tubuh yang ideal dan langsing, huhu cantik-cantik juga wanita di sana huhuhu. Mereka juga suka membuat senaman di taman-taman permainan untuk penjagaan kesihatan. Ada juga orang tanya saya tentang kehidupan malam di HCM, huhuhu yang tu kena la explorer sendiri yer...

20. Kenderaan utama ialah motorsikal dan keadaan jalanraya di sana amat sesak dengan motorsikal yang bersimpang siur di jalan tersebut dan yang hebatnya mereka boleh membelok dalam sekelp mata.. So kalau nak melintas jalan, kena la hati-hati, pandang kiri dan kanan...mana la tau tiba-tiba muncul motorsikal dari arah yang kita tidak jangka.... 

21. Kereta Vietnam mempunyai setereng di sebelah kiri. Walaupun keadaan jalanrayanya agak sibuk dengan kereta dan motorsikal serta mempunyai pelbagai simpang dan boleh membelok dalam sekelip mata, tidak nampak pula kemalangan jalanraya sepanjang percutian di Vietnam

22. Hon kenderaan akan dibunyikan sepanjang kenderaan tersebut berada di jalan raya. Mengikut pemandu pelancong bunyi hon itu bukan untuk marah tetapi untuk memberitahu kenderaan lain bagi tujuan keselamatan. Kalau kat Malaysia bunyi hon sikit aje mesti kena jeling punya...

23. Jangan risau, kalau pergi bercuti ke Ho Chi Minh pasti akan bertembung dengan ramai rakyat Malaysia, rasa macam shopping kat Malaysia lak. Kebanyakan mereka akan menginap di sekitar Hotel di Malaysian Street yang berdekatan dengan Pasar Ben Thanh...so pastikan anda menginap di area sana jugak kay....dan kalau boleh bertegur sapa la antara satu sama lain kay bila berjumpa dengan yang lain sebagai satu keluarga Malaysia...mana la tau kalau kita ada masalah di sana, orang Malaysia lain yang boleh bantu kita...

24. Berhati-hati dengan pencuci kasut yang banyak berlegar di bandar Ho Chi Minh terutamanya dekat area Pasar Ben Thanh. Anda dinasihatkan agar tidak menggunakan perkhidmatan pencuci kasut ini. Pada mulanya dia menawarkan upah hanya USD1 tetapi nanti dia akan bubuh gam sikit, getah sikit, selepas itu dia akan minta dibayar 250,000 VD atau lebih  RM30, bukan RM3, so begitu juga dengan penarik beca...mereka akan katakan benda yang sama apabila kita gunakan perkhidmatan beca tu...so hati-hati la yer

25. Terdapat ramai juga pengemis dari kanak-kanak kecil sehingga orang-orang tua datang meminta sedekah dengan kita berdekatan dengan area Pasar Ben Thanh. Kesian juga melihat mereka meminta sedekah bagi meneruskan kehidupan di bandar Saigon ini.

26. Berada di negara orang, kita kena la jaga keselamatan kay...mana-mana negara pun ada bahaya tersendiri. Anak lelaki Hajjah Basiroh pernah menceritakan ada juga dikalangan rakyat Vietnam yang menipu rakyat kita semasa di HCM..so hope u all berhati-hati la kay...hope tak ada kejadian yang tidak diingini semasa berada di sana..

27. Itu saja perkongsian dari saya, semoga perkongsian ini akan memberi serba sedikit maklumat kepada semua yang bercadang untuk bercuti ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Selamat bercuti....sekian, terima kasih. 


"SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN"

Nota : Kepada sesiapa yang berminat untuk bercuti ke Ho Chi Minh City, Vietnam, boleh berhubung terus dengan syarikat pelancongan Kembara Sufi Travel And Tour, 

Bangunan Anggerik Mall, Lot 2.37, Tingkat 2, Jalan14/7, Seksyen 14, Selangor, 40000 

Shah Alam, Selangor : Tel : 03-5524 4498 (pakej Halal dan Muslim)

http://kembarasufi.com/

Atau jika tuan/puan ingin bertanyakan apa-apa jua tentang lawatan ke Ho Chi Minh, 

Vietnam boleh call/msg/whatapps saya di talian 013-3086256 

untuk sebarang bantuan dan perkongsian demi kebaikan bersama....tq....

Jalan-jalan ke Ho Chi Minh Vietnam - Hari keempat

Hari terakhir - hari keempat (30.6.2013 - Ahad)

Memang diakui Vietnam adalah syurga membeli belah. Patut la ramai rakyat Malaysia datang ke Vietnam untuk shopping kerana terdapat pelbagai barangan boleh didapati dengan harga murah jika kita pandai tawar menawar...

Hari terakhir adalah aktiviti bebas iaitu shopping. Selepas sahaja sarapan bungkus HALAL (nasi goreng ayam dan kopi  vietnam panas) yang dihantar ke bilik hotel, kami pun ke Ben Thanh Market dengan berjalan kaki sebab dekat dengan hotel, tempat tumpuan membeli belah dan popular di HCM. Pasar ini dibuka bermula jam 8.00 pagi hingga jam 6.00 petang.

Macam-macam ada wei...sampai rambang mata dibuatnya. Ada kain ela, baju kurung siap, telekung, pelbagai jenis tudung, beg, selipar, jam, kopi, biji gajus dan lain-lain. Sungguh meriah suasana di pasar ini dan yang pasti akan bertembung dengan rakyat Malaysia yang sedang asyik membeli belah. Yang penting untuk dapat murah kena la pandai tawar menawar kalau boleh separuh harga yang dipamerkan.
Beli jangan tak beli, tapi pastikan duit anda cukup la. Didalam pasar tersebut kita boleh berurusniaga dengan menggunakan duit Ringgit Malaysia (RM), US Dollar (USD) atau Vietnam Dong (VD). Memang banyak pilihan, kalau yang kaki shopping tu setakat 6 jam kat dalam Ben Thanh Market, rasa macam masa tak cukup aje...yang penting sebelum shopping tu buat la senarai barang yang nak dibeli, baru senang sikit dan jangan lupa kena TAWAR MENAWAR harga barangan yang hendak dibeli....Di dalam pasar Ben Thanh terdapat banyak lot-lot kedai, jadi pastikan anda ingat lot kedai tersebut semasa membeli belah coz nanti senang sikit kalau nak beli barang lagi...dan satu lagi jangan terkejut jika ada peniaga kat dalam pasar tu yang pandai cakap melayu....

Penat membeli belah kami singgah makan Pho iaitu meehoon atau mee sup vietnam. Sedap dan sungguh segar sup dia. Penjual dia ialah orang islam champa.

Selesai shopping kami balik ke hotel untuk berkemas balik ke Malaysia. Sepatutnya kena check out jam 1.00 petang tapi kami minta LATE CHECK OUT, sebab flight kami jam 9.25 malam waktu Vietnam dan kena bayar RM65.00 sehingga jam 6.00 petang, kira tak la mahal sangat.

Sebelum balik ke Airport, kalau boleh timbang dulu luggage anda kat hotel tu, sebab kat hotel disana mereka sediakan penimbang untuk anda. So senang la skit coz kalau boleh jangan terlebih berat luggage semasa balik nanti....timbang jangan tak timbang, kalau lebih nanti nak kena bayar lak...

Alan datang jemput kami di hotel pada jam 6.00 petang waktu vietnam dan kami sampai di airport pada jam 7.00 petang. Terus sahaja untuk check in dan yang terkejutnya sudah ramai rakyat negara kita dengan beg yang penuh berisi barangan beratur untuk check in balik ke Malaysia.
Kaunter untuk check in akan dibuka 2 jam dari masa pelepasan balik. Flight kami jam 9.25 malam waktu vietnam dan kami sampai di LCCT jam 12.00 malam.
Terima kasih kepada agensi pelancongan kami iaitu Kembara Sufi Travel & Tour kerana menyediakan pakej perlancongan yang murah. Yang penting Kembara Sufi menyediakan pakej HALAL DAN MUSLIM dan disediakan pemandu pelancong yang fasih berbahasa melayu. Kenangan bercuti di Vietnam akan tersemat di hati dan pasti kami akan ke sana lagi suatu hari nanti......