View My Stats

Monday 16 July 2018

Perancis Juara Piala Dunia Russia 2018

15 Julai 2018 - Ahad - MOSCOW: Perancis menjuarai Piala Dunia FIFA 2018 Rusia apabila menundukkan Croatia 4-2 di pentas akhir pada Ahad.
Image result for perancis juara piala dunia 2018
Les Blues menjulang piala keramat itu buat kali kedua sejak kali terakhir 20 tahun yang lepas pada 1998. Final kali ini menyaksikan enam gol dari kedua-dua pasukan dimulakan dengan gol jaringan sendiri Mario Mandzukic apabila sepakan percuma Antoine Griezmann pada minit ke-18 terkena kepalanya.
Image result for perancis juara piala dunia 2018

Tidak lama kemudian Croatia menyamakan kedudukan menerusi Ivan Perisic dengan rembatan kaki kiri pada minit ke-28. Dari hero ke zero, Perisic kemudian menjadi punca Perancis mendapat gol kedua apabila bola terkena tangannya dalam kawasan penalti sendiri.

Buat pertama kalinya pengadil bantuan video (VAR) digunakan di pentas final, dan penalti disempurnakan Antoine Griezmann pada minit ke-38.
Image result for perancis juara piala dunia 2018
Gol ketiga skuad kendalian Didier Deschamps hadir pada babak kedua minit ke-59 menerusi Paul Pogba yang merembat bola dalam kekalutan pertahanan Croatia untuk mematikan langkah penjaga gol, Danijel Subasic.
Image result for perancis juara piala dunia 2018
Enam minit kemudian, Kylian Mbappe mengukir sejarah sebagai remaja kedua selepas Pele menjaringkan gol di pentas final pada edisi 1958, dengan meledak gol keempat Perancis.
Image result for perancis juara piala dunia 2018
Croatia sekadar mampu merapatkan kedudukan apabila kesilapan penjaga gol Perancis, Hugo Lloris dibaca Mario Mandzukic untuk ditampan masuk ke jaring sebagai gol kedua Croatia.
Image result for perancis juara piala dunia 2018
Kedudukan 4-2 kekal hingga ke tiupan wisel penamat untuk Les Blues gah dinobatkan sebagai juara dunia.

No comments:

Post a Comment