View My Stats

Monday 21 December 2015

Jom Terbang Bersama Rayani Air


20 Disember 2015 (Ahad) - SYARIKAT penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia,  Rayani Air memulakan penerbangan sulungnya pagi ini ke Langkawi dan Kota Bharu."Patuh syariah ini sangat halus dan banyak perkara perlu diteliti, tetapi kami yakin dengan visi kami, ia tidak mustahil untuk dilaksanakan.
"Antaranya adalah mewajibkan semua anak kapal yang beragama Islam menutup aurat, tiada sebarang alkohol dalam penerbangan, makanan yang disediakan juga berorientasikan halal, ada doa sebelum memulakan perjalanan dan juga mengamalkan jariah yang lain," katanya selepas penerbangan pertama Rayani Air dari KLIA2 ke Langkawi, hari ini.

Saya berkesempatan untuk menaiki penerbangan ini iaitu dari Pulau Langkawi ke Kuala Lumpur. Saya amat berpuashati dengan keselesaan di dalam kabin dan juga dari layanan dari anak kapal yang ramah dan mesra. Disamping itu para penumpang diberi makanan ringan yang telah diletakkan di dalam kotak iaitu jus buah-buahan, kacang goreng dan muffin seperti gambar dibawah....terima kasih Rayani Air...saya pasti akan kembali menggunakan penerbangan ini...

No comments:

Post a Comment