Jika anda dilahirkan dengan fobia kepada ketinggian, maka ini bukanlah tempat yang sesuai untuk anda kunjungi lebih-lebih lagi di setiap perjalanan anda, anda boleh melihat terus apa yang berada di bawah. Jambatan gantung kaca pertama di China ini terletak di Taman Geologi Shiniuzhai di Selatan China itu diberi nama Haohan Qiao Bridge yang membawa maksud Brave Men’s Bridge – sesuai sangat bagi mereka yang berani. Jambatan ini telah dibuka kepada umum pada 1 Oktober 2015.
Dengan ketinggian hampir 200 meter, jambatan sepanjang kira-kira 200 meter itu juga dikatakan mempunyai tahap keselamatan yang tinggi dengan ketebalan lantai kaca 24milimeter. Malah menurut jurutera yang bertanggungjawab membina jambatan tersebut, kaca yang digunakan di situ adalah 25 kali tahan berbanding kaca biasa. Kita boleh melihat kebawah kerana jambatan ini mengunakan cermin lutsinar.
Jambatan yang dibina adalah sangat kukuh dan pelancong boleh melompat di atasnya. Kerangka keluli digunakan untuk menyokongnya adalah sangat padat. Jadi walaupun kacanya pecah, pelancong tidak akan jatuh melaluinya. Jambatan ini akan bergoyang jika ditiup angin yang kuat. Nampak gayanya, sesak juga jantung kami jika diberi kesempatan melalui jambatan ini. Semoga pelancong yang melalui jambatan ini selamat sampai ke penghujung dan selamat kembali semula.
No comments:
Post a Comment