View My Stats

Tuesday, 4 August 2015

Pendakian Gunung Angsi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Setelah agak lama tidak mendaki gunung, pada tarikh 16.5.2015 (Sabtu) dan pada 14.1.2017 (Sabtu) saya telah berkesempatan untuk mendaki Gunung Angsi di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Perjalanan dari Cheras melalui lebuhraya LEKAS dan exit Seremban/Kuala Pilah. Selepas exit ambil jalan menuju ke Kuala Pilah dan akan melalui Bukit Putus. Selepas melalui Bukit Putus, lebih kurang 2 atau 3 km di hadapan, kita akan berjumpa dengan papan tanda Hutan Lipur Ulu Bendul di Sebelah kanan. Jarak dari Cheras ke Hutan Lipur Ulu Bendul lebih kurang 76Km dan mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Boleh guna Waze atau google maps untuk cari Hutan Lipur Ulu Bendul.

Image result for hutan lipur ulu bendul

Saya sampai seawal jam 7.00 pagi di Hutan Lipur Ulu Bendul. Terdapat kemudahan untuk orang ramai disini untuk bersarapan dan membeli barang keperluan. Banyak terdapat gerai-gerai yang menjual makanan kepada orang ramai di kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul ini. So kalau sampai awal di sini tiada masalah untuk bersarapan pagi. Tempat parking kenderaan juga disediakan dan kawasan tersebut agak luas untuk meletakkan kenderaan.
Image result for gerai makan hutan lipur ulu bendul

Hutan Lipur Ulu Bendul merupakan pintu masuk untuk mendaki Gunung Angsi. Selalunya pada hujung minggu orang ramai akan datang ke sini untuk bersantai bersama keluarga untuk mandi air terjun. Terdapat kemudahan asas di sini seperti tandas awam, gerai-gerai makanan untuk kemudahan orang ramai. Terdapat juga tapak perkhemahan di kawasan ini untuk orang ramai dan jabatan melakukan aktiviti di sini. Selalunya pendaki akan mendaki Gunung Angsi secara Daypack. Jika ingin camping mereka akan camping di kaki gunung Angsi yang mempunyai aliran air terjun yang cantik lagi mendamaikan.

Pusat Rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul adalah terbuka kepada orang ramai, jabatan kerajaan serta swasta untuk berkhemah. Untuk sebarang aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Ulu Bendul boleh menghubungi Pejabat Perhutanan Daerah Kuala Pilah di talian 06-4811036. Pertanyaan juga boleh dibuat di Pejabat Hutan Ulu Bendul di talian 06-4888950. Kena booking awal untuk berkhemah kerana tempat ini sentiasa menjadi tumpuan untuk aktiviti tersebut. Boleh juga tanya mereka untuk mendapatkan GUIDE Gunung Angsi...nanti mereka akan bagi nombor telefon GUIDE. (GUIDE Gunung Angsi : En. Ali - RENJER Pejabat Hutan Ulu Bendul : 010-3166252 : Boleh contact beliau) Sedikit bayaran akan dikenakan untuk aktiviti perkhemahan iaitu untuk bayaran tapak perkhemahan. Nanti boleh tanya Pejabat Hutan Kuala Pilah kay....

Sebelum memulakan pendakian, semua pendaki hendaklah melaporkan diri kepada Renjer di Pejabat Hutan Ulu Bendul dengan mendaftar nama untuk pendakian. Bayaran sebanyak RM5.00 (LIMA RINGGIT SAHAJA) dikenakan kepada setiap pendaki. Kereta boleh parking dihadapan Pejabat Renjer untuk memudahkan urusan mendaki gunung. Waktu mendaki Gunung Angsi hendaklah sebelum jam 9.00 pagi atas faktor-faktor keselamatan.

Pendaki tidak perlu membuat tempahan untuk mendaki, just datang ke pejabat renjer, daftar nama dan membuat bayaran sebanyak RM5.00. Pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sentiasa berada di kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul jika berlaku apa-apa kecemasan. Tandas awam disediakan di kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul. Setiap hujung minggu ramai pendaki yang akan mendaki Gunung Angsi dan kita akan berjumpa dengan ramai orang semasa pendakian.

Terdapat satu lagi trek pendakian iaitu melalui Bukit Putus untuk mendaki Gunung ini. Terdapat pondok renjer berhampiran tangga permulaan trek Bukit Putus dan pendaki juga perlu daftar nama dengan Renjer bertugas. Bayaran RM5.00 dikenakan kepada setiap pendaki. Selalunya pendaki akan parking kereta di tepi jalan dekat dengan pondok renjer.
Image result for gunung angsi bukit putus
Image result for gunung angsi bukit putus
Image result for gunung angsi bukit putus
Pendakian Gunung Angsi melalui Bukit Putus
Image result for gunung angsi bukit putus

Unsur 3S bagi program kali ini iaitu SLOW, SANTAI, SAFE sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Jarak pendakian dari Hutan Lipur Ulu Bendul ke puncak Angsi lebih kurang 6 km dan akan mengambil masa di antara 4 hingga 5 jam untuk sampai ke puncak. Jika pendaki naik dari trek Bukit Putus, jaraknya agak pendek sedikit iaitu lebih kurang 4.5 km - 5 km dan mengambil masa antara 2 hingga 3 jam untuk ke puncak Angsi. Program dijalankan secara DAYPACK sahaja. Saya sendiri yang menjadi GUIDE pada program ini..

Gunung Angsi terletak di Tanjung Ipoh, daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian. 

Selepas bacaan doa selamat, kami mula mendaki Gunung Angsi bermula jam 8.30 pagi dengan permulaan trek pendakian ialah dengan menyusuri aliran air terjun yang segar dan bersih. Trek permulaan di belakang papan tanda Sila Patuhi Masa Mendaki dan terdapat paip air yang besar. Kebetulan semasa hari tersebut terdapat kursus asas Kastam, so ramai dan meriah mendaki pada hari itu. Trek pendakian pada mulanya agak mendatar dan sedikit meninggi. Trek pendakian jelas dan terang serta tidak mempunyai simpang dan terdapat marking di trek bagi memudahkan pendaki.


1 jam pendakian, pendaki akan menemui check point kem Tangga Batu. So boleh la berehat-rehat di situ. Trek pendakian masih naik dan turun serta sedikit meninggi. Selepas check point kem Tangga Batu tersebut aliran air terjun tidak lagi didengari. 
Image result for check point tangga batu gunung angsi

Dari checkpoint Kem Tangga Batu, pendakian diteruskan dan akan berjumpa pula dengan Bukit Botak. Bermula dari Bukit Botak ini pendakian mula mencabar mental dan fizikal pendaki. Pendaki hendaklah memegang tali dan mengikut giliran untuk mendaki di Bukit Botak disebabkan trek pendakian agar berpasir dan licin. Pendaki juga akan melalui trek pendakian yang sempit di kawasan ini. 

Selepas melalui pendakian yang agak sukar di Bukit Botak, trek pendakian mula mencanak tinggi hingga ke puncak. Disebabkan pendakian kali ini lebih santai, pendaki akan berehat jika kepenatan untuk mendaki ke puncak. Disinilah gurau senda dan gelak ketawa menambah kemesraan di kalangan semua peserta sambil berehat dan menikmati keindahan alam.

Akhirnya semua pendaki selamat sampai ke puncak Gunung Angsi pada jam 12.00 tengahari iaitu kira-kira 3 jam 30 minit pendakian naik dari jangkaan masa 4 hingga 5 jam dengan jarak pendakian lebih kurang 6 Km. Wah..agak laju juga walaupun pendakian dijalankan secara santai dan perlahan. Ada juga pendaki yang laju dan mereka pecut 2 jam sahaja untuk ke puncak gunung Angsi...memang power...

Setibanya kami di puncak Gunung Angsi sudah ramai pendaki yang sampai terutamanya yang naik dari Bukit Putus coz jarak pendakian agak dekat dari situ. Trek Bukit Putus agak pendek sedikit iaitu kira-kira 4.5km - 5 km untuk ke puncak Angsi dan mengambil masa di antara 2 hingga 3 jam bergantung kepada pendakian.

Puncak Gunung Angsi agak besar juga untuk pendaki berehat dan makan serta bergambar. Dari puncak gunung ini pendaki boleh melihat permandangan yang cantik, banjaran-banjaran gunung, terbentang luas di depan mata. Terdapat sebuah beriut iaitu pondok besi penanda Pejabat Hutan di puncak Gunung Angsi.  
Image result for gunung angsi bukit putus

Selepas berehat, makan dan bergambar kenang-kenangan di puncak Gunung Angsi, kami mula mendaki turun pada jam 1.30 petang secara santai dan perlahan. Sepanjang pendakian turun semua peserta bertukar-tukar fikiran dan banyak bersembang tentang pengalaman masing-masing mendaki gunung. Sebelum balik, semua peserta singgah mandi air terjun di jeram Kak Lang. Airnya segar, sejuk dan bersih. Apa lagi, terjun tiruk la semuanya....Kami mendaki turun dari puncak gunung Angsi ke bawah dalam masa 3 jam secara santai. Ada juga pendaki yang mendaki naik melalui trek Hutan Lipur Ulu Bendul dan turun melalui trek Bukit Putus dan sebaliknya. 

Selepas mandi air terjun, kami singgah sembahyang di surau yang terdapat di Hutan Lipur Ulu Bendul. Selepas itu kami mula kembali ke tempat parking kereta masing-masing di pintu masuk Hutan Lipur Ulu Bendul. Agak ramai juga orang awam yang datang beriadah untuk mandi-manda air terjun dan mandi di kolam yang besar bersama keluarga pada hari tersebut.

Terdapat papan tanda amaran kepada orang awam berkaitan dengan Kepala Air dan keselamatan untuk panduan semua. Terdapat banyak gerai jualan untuk kemudahan pengunjung. Jam 6.00 petang kami semua meninggalkan Hutan Lipur Ulu Bendul dengan penuh kenangan setelah pendakian lebih kurang 12 km naik dan turun....😊😊
 

24 comments:

  1. Look nice, im so excited to join the venture

    ReplyDelete
  2. Hi, kalau mendaki seawal 7pagi dibenarkan tak kat sini. Atau lebih awal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. En. Amri...boleh hiking seawal jam 7.00 pagi...tapi pastikan lapor diri dengan renjer bertugas Gunung Angsi untuk keselamatan..

      Delete
  3. Hi....klu kami nak naik petang dan stay kat atas utk tunggu sunrise...dibenarkan tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. En. Rosli..boleh bertanya dengan renjer bertugas di Hutan Lipur Gunung Angsi

      Delete
  4. Safe tak klu naik seorg? Weekdays ramai org jugak tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Ainul...selalunya weekend ramai oang hiking Gunung Angsi..tapi dinasihatkan agar ainul hiking secara berkumpulan..incase kalau terjadi apa-apa, ada kawan yang boleh membantu..

      Delete
  5. Gunung Angsi ni yg kita boleh nampak dr Highway Lekas kan? Yg start kat Jln Paroi menuju kuala pilah dr KL belah kanan kita kan?

    ReplyDelete
  6. Good info tuan.....our team akan hiking pada 13hb jan 2018....rainforest-tracker's.blogspot.my

    ReplyDelete
  7. Sorry lambat reply...happy hiking...

    ReplyDelete
  8. trek bukit putus ikut hutan lipur ulu bendul atau tempat yang lain ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. En. Alimi..trek pendakian Gunung Angsi Bukit Putus ikut jalan Bukit Putus...ada pondok renjer dkt situ bukan ikut Ulu Bendul

      Delete
  9. Boleh kan hiking tanpa ranger

    ReplyDelete
  10. Hi..boleh x kami nak hiking smbil bercamping di gunung angsi? 3 ari 2 mlm

    ReplyDelete
  11. Solat zohor kat surau lps turun tu ke, atau kat atas

    ReplyDelete
  12. Sama-sama...sekadar berkongsi pengalaman dengan semua..

    ReplyDelete
  13. As salam...kalau ada persatuan nk buat hiking kt situ kna tnya renjer brtugas jgak ke?and boleh tk klau nk naik awal pagi dlm pkul 6 atau 7 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa Salam...kena register dengan renjer...untuk permit mendaki dan tujuan keselamatan pendaki..

      Delete
  14. Assalamualaikum...anak umur 6 tahun sesuai tak mendaki gunung ni....

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas catatan yang menarik. Selalu naik Angsi ni melalui Bukit Putus, tapi tak pernah buat penulisan begini. Terima kasih atas perkongsian yang boleh dijadikan rujukan untuk rakan-rakan lain.

    ReplyDelete