View My Stats

Friday, 13 March 2015

Khasiat Petai Belalang

Khasiat pokok petai belalang digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis. Akarnya direbus bersama-sama tiga cawan air. Biarkan kering sehingga tinggal satu cawan. Selawat tiga kali dan minum sehari sekali.

Petai belalang juga berkesan untuk merawat batuk dan demam campak. Daun-daun muda ditumbuk bersama-sama beras kemudian ditampal pada kerongkong untuk meredakan batuk. Boleh juga disapu pada seluruh badan untuk mengubati kudis campak.

Daun petai belalang juga berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur atau kulit bersisik. Daunnya dibakar manakala abunya dicampur dengan minyak kelapa sebelum digosok ke kulit kepala. Balut dengan plastik pembalut rambut dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air bersih. Juga digosok-gosok ke bahagian kulit yang bersisik.

Untuk masalah kayap, rebus pucuk daun petai belalang dengan tawas. Air rebusan itu digunakan untuk mandi dan membersihkan badan.
Image result for petai belalang
Daunnya yang muda enak dibuat sayur, terutamanya masak lemak.  Walaupun daunnya tidak menghasilkan bau petai, apabila dimasak, masakan tersebut akan mengeluarkan aroma petai. Mmmm yummy, enak.  Saya ada tanam beberapa pokok, sengaja dipangkas untuk menghasilkan daun yang rimbun dan lembut.  Apabila teringat masakan kampung, pucuk Petai Belalang akan menjadi satu daripada menu.
Khusus bagi mereka yang nak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkanlah petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang tu, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk diperiksa. Insya-Allah ada perubahan.
Pucuk petai belalang juga boleh mengubati mengubati penyakit kecing manis. Ambil pucuk petai belalang dan dimakan sebagai ulam semasa makan nasi setiap hari. Selepas 2 minggu cuba periksa tahap kencing manis, Insyaallah mujarab

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete