View My Stats

Friday 6 June 2014

Peria Baik Untuk Kecing Manis

Apabila bercerita tentang buah peria pastinya ramai yang tidak menyukainya terutamanya golongan muda-mudi sekarang. Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia, adalah antara sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden. 
Meskipun rasanya yang pahit tidak digemari ramai, namun ia mempunyai banyak kebaikan. Antaranya khasiatnya ialah protein, lemak mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium. 
Peria ini juga bagus untuk mereka yang mengidap penyakit kencing manis, ini kerana peria elok diamalkan pengambilannya setiap hari kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah. Ia juga sesuai dijadikan jus minuman harian terutamanya sebelum sarapan.

No comments:

Post a Comment