View My Stats

Monday, 14 October 2013

Tips Kecantikan Menggunakan Uncang Teh

Tidak perlu wang yang banyak untuk kelihatan cergas dan cantik lagi sebaliknya anda hanya memerlukan uncang teh. Di sini, kami kongsi 3 tip kecantikan yang sangat senang dilakukan oleh anda dengan hanya menggunakan uncang teh. 

1. Spa wap teh Bawa kemewahan spa ke rumah anda dengan spa wap teh buatan sendiri. Hanya didihkan beberapa cawan air dan tuangkannya ke dalam satu mangkuk yang besar. Kemudian, letakkan satu atau dua uncang teh. Anda disyorkan untuk menggunakan teh hijau kerana lebih berkesan untuk antioksidan dan baunya yang memenenangkan. Selubungkan kepala anda dengan tuala dan dedahkan muka anda pada mangkuk tersebut selama 5 hingga 10 minit. Proses ini akan membuka liang roma anda secara semula jadi dan menganjalkannya. 


2. Surutkan mata bengkak Bancung dua uncang teh, kemudian perah keluar sedikit air daripadanya dan biarkan sejuk selama beberapa saat. Selepas itu, anda perlu baring di atas permukaan yang rata dan letakkan uncang teh pada kedua-dua mata dan tekan secara perlahan-lahan. Biarkan uncang teh pada mata selama 15 hingga 20 minit. Hasilnya, mata anda akan kelihatan lebih bertenaga dan tidak bengkak! Ini kerana asid 'tannic' dalam teh membantu mengecut mana-mana bengkak atau keradangan di kawasan mata. 


3. Betulkan kuku yang patah Satu uncang teh mampu menyelesaikan masalah kuku patah! Potong sebahagian kecil uncang teh anda dan keluarkan serbuk di dalamnyan. Kemudian, lekatkan potongan uncang teh yang kecil tadi pada kuku anda yang patah dan sapukan gam padanya. Proses ini biasanya mengambil masa antara 5 hingga 15 minit, jadi anda tidak perlu tergesa-gesa. Selepas kering, anda bolehlah gunakan pengilat atau pewarna kuku untuk mencantikkan kuku anda seperti biasa.

Saturday, 12 October 2013

Gelagat Beruang Yang Seakan Manusia

Seorang jurugambar meletakkan barang manusia di hutan berdekatan dengan sekeluarga beruang. Beruang itu mengambil kesempatan ini dan menggunakan semua barang itu seperti manusia. 

sumber : penpatah.blogspot

Friday, 11 October 2013

Masa Yang Terbaik Untuk Anda Bersenam

Apakah masa yang terbaik untuk anda bersenam? Memandangkan betapa sibuknya kehidupan zaman sekarang, ia adalah masuk akal untuk meluangkan beberapa minit untuk bersenam. 

Di sini, kami berikan anda tip-tip yang boleh membantu anda mencari masa yang terbaik untuk jadual bersenam anda berdasarkan target yang ingin dicapai. 
Jika anda mempunyai mesyuarat tegang yang telah dirancang. Bersenam sebelum itu.Tiga puluh minit senaman berintensiti sederhana boleh mengurangkan tindak balas fisiologi badan terhadap tekanan dengan meningkatkan neurotransmitter baik seperti dopamin. Selain itu, ia juga menggalakkan otak anda untuk mematikan tindak balas tekanan ini. Anda akan merasakan kesan kira-kira 15 minit selepas anda selesai bersenam. 
Jika anda mempunyai masalah tidur. Bersenam dengan betul sebelum tidur. Anda mungkin pernah mendengar bahawa bersenam sebelum tidur menjadikan seseorang lebih sukar untuk tidur. Namun begitu, menurut satu kajian baru-baru ini, orang yang bersenam pada bila-bila masa, tidak kira siang atau malam akan mendapat tidur lebih nyenyak. Jika tidur anda tidak lena, aktiviti yoga yang ringkas adalah yang terbaik serta lebih selamat daripada pil tidur. 

Jika anda mahu mengelakkan kecederaan. Lakukan senaman pada awal petang. Senang untuk kejang otot atau terseliuh buku lali? Tunggulah sehingga selepas kerja untuk bersenam. Pada awal pagi, suhu badan semula jadi anda adalah rendah, jadi anda mungkin terdedah kepada tekanan dan kecederaan jika bersenam pada waktu tersebut. Untuk mengelakkan kecederaan, bersenamlah dalam lingkungan masa 4 – 8 petang. 



Jika anda mahu untuk mengurangkan berat. Bersenam sebelum sarapan pagi.Memaksimumkan potensi pembakaran kalori badan anda dengan pergi ke gimnasium pada waktu pagi. Orang yang berlari di atas 'treadmill' sebelum sarapan, pembakaran lemak berlaku kira-kira 20 peratus lebih banyak berbanding dengan orang yang bersarapan terlebih dahulu. 


Jika anda mahu mengelakkan serangan alahan. Bersenam di waktu malam. Alahan biasanya disebabkan oleh debunga yang banyak ada pada waktu 4–10 pagi. Ini bermakna jika anda fikir bersenam pada waktu pagi di luar akan membekalkan anda tenaga, fikirkan semula sekiranya anda seorang yang mudah jatuh sakit. Ia akan membuatkan anda pening dan terdedah kepada gejala-gejala alahan sepanjang hari.

Thursday, 10 October 2013

4 Kombo Makanan Yang Sangat Berkhasiat Untuk Tubuh Badan

Adakah anda tahu bahawa apabila anda menggabungkan dua makanan yang sihat bersama-sama, khasiat mereka lebih banyak berbanding makan satu jenis sahaja? Terdapat penemuan baru dan menarik tentang bagaimana kombinasi makanan tertentu sebenarnya boleh melambatkan penuaan dengan mengurangkan keradangan sel serta membolehkan anda untuk kelihatan baik dan sihat berbanding sebelumnya. Di sini, kami senaraikan 4 gabungan makanan yang dipercayai baik untuk kesihatan anda dan melambatkan penuaan. 
 
1. Limau gedang + Avokado = Cegah kerosakan sel-sel dalam badan
Limu gedang mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ianya kaya dengan 'lycopene', sejenis antioksidan yang telah terbukti dapat mengurangkan keradangan dan mencegah kerosakan sel. Tetapi apabila anda menggabungkan lima gedang bersama avokado, lemak sihat yang terkandung dalam avokado boleh membantu dalam meningkatkan penyerapan 'lycopene', menjadikannya lebih lebih efisien untuk digunakan untuk badan. 

Cubalah gabungkan limau gedang dan avokado 1 atau 2 kali seminggu. Anda boleh mencampurkan mereka ke dalam makanan anda atau jadikan mereka sebagai salad. 



  
2. Kubis 'Brussels' + Minyak zaitun = Baik untuk melindungi mata 
'Lutein' yang terdapat dalam kubis 'Brussels' berupaya untuk mengurangkan risiko katarak dan penglihatan kabur yang berkaitan dengan usia. Sudah semestinya, ia adalah salah satu daripada nutrien yang paling bermanfaat untuk penglihatan anda. Bahkan, apabila anda tambahkan minyak zaitun bersama kubis 'Brussels', lemak minyak yang sihat tersebut akan meningkatkan jumlah 'Lutein' yang mana boleh disimpan oleh badan anda untuk kesihatan yang baik. 


Salah satu cara yang lazat untuk makan kombo ini ialah gunakan beras perang yang boleh dimasak menggunakan gelombang ketuhar dan kukus kubis 'Brussels' bersama minyak zaitun dengan daging ayam belanda. Ianya sangat lazat! 

 
3. Epal + Coklat Gelap = Cegah penyakit jantung 
'Quercetin' yang terkandung dalam buah epal dan kulitnya sangat bagus untuk anti keradangan. Selain itu, anda boleh meningkatkan khasiatnya dengan menggabungkan epal bersama coklat gelap yang kaya dengan 'flavonoid'. Kajian menunjukkan bahawa apabila anda makan gabungan ini bersama-sama, kedua-dua makanan yang sarat dengan antioksidan ini boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan bantu mencegah pembekuan darah. 

Untuk pencuci mulut yang lazat, potong buah epal dalam hirisan yang nipis dan campurkannya bersama coklat gelap yang cair serta kacang yang telah cincang, kemudian simpan di dalam peti sejuk. Jangan risau, pencuci mulut ini boleh dinikmati setiap hari! 
 
4. Teh hijau + Lemon = Buatkan kulit tampak lebih muda
Seperti yang anda tahu, teh hijau sangat kaya dengan 'catechin', satu antioksidan yang sangat bagus. Dengan tambahan jus lemon, anda akan memaksimumkan kebolehan 'catechin' untuk menjaga kulit anda supaya kelihatan lebih muda. Vitamin C dalam jus lemon juga melambatkan pencernaan antioksidan yang terkandung dalam teh yang mana boleh digunakan oleh badan anda untuk masa yang lebih lama. Gabungan yang lazat ini boleh dinikmati setiap hari tanpa had.

Wednesday, 9 October 2013

Festival Perkhemahan Antarabangsa Di China

Jika anda gemar berkhemah anda mungkin mahu menyertai Festival Perkhemahan Antarabangsa yang diadakan di Gunung Wugongshan, Provinsi Jiangsu China. Festival tahun ini dihadiri 15 000 orang yang berkhemah selama 2 hari  untuk menikmati pemandangan indah dan udara yang segar di samping kenal mengenali antara satu sama lain. Festival ini telah diadakan pada pertengahan bulan September 2013 dan telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari peserta seluruh dunia...best gak  yer...


Laporan asal Amusing Planet

Tuesday, 8 October 2013

Rumah Moden Di Janda Baik, Pahang

Deck House ialah sebuah rumah dua setengah tingkat moden yang terletak di Janda Baik Pahang. Rumah dengan keluasan 3980 kaki persegi ini mempunyai 3 bilik tidur dan 3 tandas. Bagi menikmati pemandangan hutan yang menyegarkan dinding rumah ini dibina sepenuhnya menggunakan cermin kaca. Siapa sangka ada rumah secantik ini di Janda Baik, Pahang

Laporan asal ArchDaily, sumber : penpatah.blogspot

Monday, 7 October 2013

Superbike Berkuasa Elektrik Pertama Di Dunia

Pada harga US$23,000 (RM69,000), Energica Ego mungkin tidak semurah seperti yang dijangka tetapi apa yang pasti, motorsikal ini merupakan motorsikal berkuasa tinggi berkuasa elektrik pertama yang diberi kelulusan undang-undang untuk berada di jalan raya. Dengan berat sebanyak 580 paun dan bergerak dengan menggunakan motor elektrik 'synchronous' dengan magnet kekal, minyak penyejuk dan 100kW kuasa/195Nm tork yang memberi kuasa kepada motorsikal ini untuk bergerak selaju 130 mph (208 km/j).

Motorsikal berkuasa tinggi ini juga turut dilengkapi dengan Vehicle Control Unit (VCU) dan sistem peta pelbagai fungsi yang inovatif untuk pengurusan tenaga. Brek disediakan oleh Brembo, dengan Bosch mengendalikan sistem ABS. Energica Ego juga turut mempunyai sistem mengecas bateri 110-220 V dengan kabel pada punca elektrik.


Sumber : Penpatah.blogspot.com