View My Stats

Wednesday, 18 January 2017

10,000 Langkah Sehari

Bagi menggalakkan rakyat Malaysia khususnya golongan yang kurang aktif dalam melakukan aktiviti fizikal untuk menjadi lebih cergas, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Berjalan 10,000 Langkah pada tahun 2009.

FAKTA BERJALAN 10,000 LANGKAH
  • Berjalan 10,000 langkah    = 6.5 kilometer (380 kalori)
  • Berjalan 1 kilometer           = 1200 langkah
  • Secara purata 1minit          = 100 langkah
  • Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan anggarannya akan mengurangkan 64 gram lemak.
  • Untuk membakar nilai kalori untuk sekeping roti canai biasa kita perlu berjalan selama 60 minit tanpa henti sejauh 4.8 kilometer. 
  • (Bagi individu yang mempunyai berat badan 70kg)
  • Berjalan kaki 1km = 1200 langkah
  • 10,000 Langkah = 6 hingga 7 km
  • 10,000 Langkah = Berenang tanpa henti selama 90 minit
  • 10,000 Langkah = Berbasikal selama 70 minit
  • 10,000 Langkah = Bermain bola sepak selama 90 minit
Billboard_6x8ft_Selamat-Datang-Ke-Trek-10000-Langkah

Faedah berjalan kaki
  1. Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol.
  2. Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
  3. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
  4. Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
  5. Mengurangkan stress. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.
  6. Mengekalkan kekuatan otot.
  7. Mengurangkan risiko osteoporosis
  8. Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.
  9. Mampu meningkatkan keyakinan diri.
Image result for 10000 langkah sehari kementerian kesihatan

Wednesday, 11 January 2017

7 Gaya Hidup Sihat Rasulullah S.A.W



1. BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara pada waktu subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2. MEMENTINGKAN KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. Sabda Baginda yang bermaksud:

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa, demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman.”(Hadis riwayat Muslim)

3. MAKAN BILA LAPAR, BERHENTI SEBELUM KENYANG
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Salah satu sumber penyakit adalah datangnya dari perut (makanan). 

Amalan pemakanan yang tidak betul dan berlebihan boleh meningkatkan kadar kolesterol dan boleh memudharatkan tubuh kita. Galakan berpuasa merupakan suatu bentuk terapi yang boleh mengistirehatkan perut disamping menyihatkan tubuh badan kita.

4. SUKAKAN AKTIVITI FIZIKAL & SENAMAN
Rasulullah saw berjalan kaki ke masjid, pasar dan mengunjungi rumah-rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan dengan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5. BERFIKIRAN POSITIF & JAGA HATI
Berfikiran positif dan menjauhi penyakit hati. Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. Banyakkanlah berdoa: “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

6. ELAK MARAH
Nasihat Rasulullah ‘JANGAN MARAH’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad sahaja tetapi merangkumi juga kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.

7. SENTIASA MEMAAFKAN
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah saw, Insya-Allah akan dikupas pada masa-masa yang mendatang. #JourneyIlahi

sumber https://peribadirasulullah.wordpress.com/

Tuesday, 10 January 2017

Tahniah Faiz Subri - Jaringan Tercantik Di Dunia Tahun 2016 (Anugerah PUSKAS FIFA 2016)

Image result for faiz subri puskas
10 Januari 2017 (Selasa), 3.15 pagi, Mohd Faiz Subri mencipta sejarah selepas menjadi pemain Asia pertama memenangi Anugerah Puskas dalam majlis Anugerah Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2016 di Zurich, Switzerland, sebentar tadi. (KEBANGAAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA)

Anak kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu mengetepikan dua lagi calon akhir, Jonath Marlone Azevedo da Silva (Brazil) dan Danisuka Rodriguez (Venezuela), selepas diumumkan legenda Brazil, Ronaldo.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan pasukan Pulau Pinang, rakan sepasukan, jurulatih, keluarga dan semua yang mengundi saya," katanya ketika memberi ucapan.
Image result for faiz subri puskas

Faiz Subri, 30, yang ditemani Timbalan Presiden, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah, kelihatan tenang ketika diumumkan sebagai pemenang.

Bagaimanapun, ketika mengambil alih rostrum, Faiz Subri mencuit hati hadirin apabila mengambil masa sedikit lama untuk mencari teks ucapan di dalam telefon bimbitnya.



Jaringan menakjubkan yang membawa kepada kemenangan itu, dilakukan Faiz Subri ketika mengambil sepakan percuma untuk membantu skuad Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari tahun lepas.

Pemain Portugal, Cristiano Ronaldo, adalah penerima pertama anugerah itu pada 2009, disusuli pemain Turki, Hamit Altintop (2010), Neymar dari Brazil (2011), pemain Slovakia, Miroslav Stoch (2012), pemain Sweden, Zlatan Ibrahimovic (2013) dan James Rodriguez dari Colombia (2014). 

Pada 2015, pemain tidak terkenal dari Brazil, Wendell Lira, yang bermain untuk Club Goianesia, menjadi pemenang anugerah itu. 

Anugerah itu mengambil sempena nama lagenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas, yang mencipta kejayaan besar bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan kehebatan pasukan Hungary pada era itu.

Senarai pemenang Anugerah FIFA 2016:

1. Pemain Lelaki Terbaik: Cristiano Ronaldo (Portugal)
2. Jurulatih Lelaki Terbaik: Claudio Ranieri (Itali)
3. Jurulatih Wanita Terbaik: Silvia Neid (Jerman)
4. Anugerah Fair Play: Atletico Nacional (Colombia)
5. Anugerah Puskas: Mohd Faiz Subri (Malaysia)-Jaringan Tercantik
6. Anugerah Peminat: Penyokong Borussia Dortmund dan Liverpool.

FIFPro World11: Manuel Neuer, Dani Alves, Gerard Pique, Sergio Ramos, Marcelo, Luka Modric, Toni Kroos, Andres Iniesta, Lionel Messi, Luis Suarez dan Cristiano Ronaldo.

Petikan : arena.my

Monday, 9 January 2017

Anggaran Luar 1 Ekar Tanah

Cara yang paling mudah menentukan keluasan dalam unit ekar. Berikut merupakan anggaran tepat keluasan untuk satu (1) ekar. Keluasan 1 ekar sama dengan keluasan 1 padang bola sepak yang memiliki ukuran 90m X 45m.  

Ukuran Padang Bola Sepak (Segi empat Tepat)


Padang Bola Sepak (Segi empat Tepat)

Ukuran Padang :
  • Panjang      : Minimum 90m 
  • Maksimum : 120m 
  • Lebar         : Minimum 45m 
  • Maksimum : 90m  

Ukuran Padang Pertandingan Antarabangsa:
  • Panjang      : Minimum 100m  
  • Maksimum : 110m  
  • Lebar         : Minimum 64m 
  • Maksimum : 75m  

Sekarang sesiapa sahaja sudah boleh menganggarkan keluasan sesuatu kawasan secara kasar berdasarkan gambaran luas satu padang bola sepak. Disini saya sertakan unit ukuran yang biasa digunakan dalam kiraan ukur tanah. 

Ukuran Luas:
  • 1 Ekar      =  0.404686 hektar
  • 1 Ekar      =  4046.86 meter²
  • 1 Hektar   =  2.47105 ekar
  • 1 Meter ²  =  10.7639 kaki
petikan : myukur.blogspot.com/2012/10/unit-dalam-ukur-tanah.html

Tuesday, 3 January 2017

Cedera terjatuh panjat Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor

HULU LANGAT: Seorang wanita cedera di kaki dipercayai terjatuh ketika mendaki Gunung Nuang, dekat sini, semalam.

Nor Azliana Ahmad Yusof, 37, dari Klang yang mendaki gunung itu bersama tiga lagi rakannya, dikatakan mengalami kesukaran ketika turun sebelum terjatuh, menyebabkan kaki kirinya terseliuh.
Ketua Balai Bomba Kajang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Faizad Amirul Abdul Razak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7 malam dan menggerakkan anggota ke lokasi bagi membantu menyelamatkan mangsa.
“Anggota yang tiba mendaki ke hentian pertama gunung itu iaitu Kem Lolo kerana menyangka mangsa berada di situ berdasarkan maklumat awal.
“Bagaimanapun, mangsa didapati berada di kawasan lebih tinggi, menyebabkan anggota terpaksa mendaki sebelum menemui mangsa bersama rakannya pada jam 1 pagi,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Beliau berkata, operasi mengambil masa panjang berikutan permukaan gunung yang curam dan berbatu, selain keadaan gelap.
Katanya, mangsa dibawa turun dari gunung kira-kira jam 10 pagi tadi dan dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan.
-Sumber : BH Online

Sunday, 1 January 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Selamat tahun baru 2017..semoga tahun baru ini akan memberi lebih keberkatan kepada semua...amin
Image result for selamat tahun baru 2017
Image result for selamat tahun baru 2017
Image result for selamat tahun baru 2017
Related image