Pejam celik pejam celik kita sudah berada di hujung bulan Ramadhan dan selepas itu kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog ini. Semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya di hari yang mulia ini..terima kasih.
Sunday, 27 July 2014
Wednesday, 16 July 2014
Air Asia - Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik - Skytrax
Bernama, 16 Julai, 2014.AirAsia dinamakan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia untuk enam tahun berturut-turut oleh Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax.
Syarikat penerbangan itu menerima anugerah tersebut di Farnborough International Airshow di London semalam. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata ia satu penghormatan besar untuk diperakui sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia untuk enam tahun berturut-turut.
"Semuanya bermula dengan impian 12 tahun lalu. Daripada dua buah pesawat dan enam laluan pada 2002, kami berkembang dan mengendalikan lebih 160 pesawat, membuat penerbangan ke 95 destinasi dan membawa lebih 250 juta penumpang," katanya dalam kenyataan media.
Fernandes berkata, AirAsia berbangga untuk mengumumkan kemunculan semula dalam pasaran syarikat penerbangan tambah rendah di Jepun pada tahun ini dengan pelabur dan rakan kongsi baharu. "Kami akan muncul semula dengan strategi dan pelan perniagaan yang lebih baik dalam usaha kami merevolusikan segmen syarikat penerbangan tambang rendah Jepun," katanya.
Beliau berkata, syarikat penerbangan itu juga gembira dengan pelancaran besar-besaran AirAsia India, syarikat sekutu terbaharu yang komited untuk meneroka secara inovatif pasaran penerbangan India dan menjadi pilihan jelas bagi perjalanan kos rendah di negara itu melalui tambang rendah serta pilihan produk dan perkhidmatan yang sukar ditandingi.
Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax merupakan penanda aras global bagi kecemerlangan syarikat penerbangan dan satu daripada anugerah paling berprestij bagi industri penerbangan. Kaji selidik dunia tahunan dilaksanakan sepanjang tempoh 10 bulan merangkumi lebih 245 syarikat penerbangan daripada syarikat penerbangan antarabangsa yang terbesar hingga syarikat penerbangan domestik yang kecil. Sejumlah 18.9 juta pelanggan mengambil bahagian dalam kaji selidik itu mengukur standard meliputi 41 petunjuk prestasi utama produk dan perkhidmatan barisan hadapan sesebuah syarikat penerbangan.
Monday, 14 July 2014
Jerman Juara Bolasepak Piala Dunia Brazil 2014

14 Julai 2014, RIO DE JANEIRO: Pemain gantian Jerman, Mario Goetze menolak masuk kemas satu jaringan cantik tujuh minit sebelum tamat masa tambahan untuk membantu pasukan menewaskan Argentina 1-0 dalam final untuk menjulang trofi Piala Dunia di Stadium Maracana, di sini, sebentar tadi.
Ini adalah mahkota kejuaraan kali keempat untuk jagoan Eropah yang memenanginya hasil satu kelekaan benteng Argentina yang sehingga detik itu bermain baik menandingi baik lawan.
Perlawanan ini seperti mahu menuju ke penentuan sepakan penalti sehingga Andre Schuerrle berjaya mencuri bola dari sayap kiri sebelum melambungkan kepada Goetze yang mengawal bola dengan dada sebelum merembat masuk gol penting Jerman.
Jerman mendominasi kawalan bola tetapi Argentina turut memiliki beberapa peluang termasuk satu yang terhidang depan mata pada minit ke-20 apabila tandukan ke belakang oleh Tony Kroos memberi ruang kepada Gonzalo Higuain membuat penyudahan baik tapi dia menyepak liar.
Lionel Messi bergelut dalam perlawanan dengan kawalan ketat manakala pemain gantian, Rodrigo Palacio nyaris meletakkan pasukan di hadapan dalam babak awal masa tambahan tetapi Jerman akhirnya muncul pasukan pertama Eropah memenangi Piala Dunia di benua Amerika. - Reuters
Friday, 4 July 2014
Tuesday, 1 July 2014
Thursday, 19 June 2014
Gua Biru Di Croatia
Terdapat sebuah gua yang luar biasa terletak di kawasan kepulauan Bisevo, Croatia, Gua Biru @ Blue Cave ini merupakan salah sebuah gua yang paling cantik di dunia.Gua ini mula dikenali pada tahun 1884 apabila sebahagian dari dinding tempat masuk gua ini telah diletupkan, Sebelum itu, laluan masuk ke dalam gua ini hanya melalui selaman bawah laut. Masa yang paling ideal untuk melawat gua ini adalah pada jam 11 pagi hingga 12 tengah hari apabila cahaya matahari memasuki air dan terpantul pada batu kapur di dasar gua ini. Ia menghasilkan warna biru yang sungguh menakjubkan. Jom lihat gambar di bawah ini.
Thursday, 12 June 2014
Jadual Piala Dunia Brazil 2014
Pada 13 Jun 2014, jam 4.00 pagi (waktu Malaysia) akan bermulalah Kejohanan Bolasepak Piala Dunia Brazil 2014, kejohanan termahal didunia yang menelan belanja sebanyak 40 billion ringgit. Perlawanan pembukaan adalah diantara tuan rumah Brazil VS Crotia. Berikut adalah jadual Piala Dunia Brazil 2014 waktu Malaysia. Klik pada jadual untuk membesarkan jadual tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)