Terdapat sebuah gua yang luar biasa terletak di kawasan kepulauan Bisevo, Croatia, Gua Biru @ Blue Cave ini merupakan salah sebuah gua yang paling cantik di dunia.Gua ini mula dikenali pada tahun 1884 apabila sebahagian dari dinding tempat masuk gua ini telah diletupkan, Sebelum itu, laluan masuk ke dalam gua ini hanya melalui selaman bawah laut. Masa yang paling ideal untuk melawat gua ini adalah pada jam 11 pagi hingga 12 tengah hari apabila cahaya matahari memasuki air dan terpantul pada batu kapur di dasar gua ini. Ia menghasilkan warna biru yang sungguh menakjubkan. Jom lihat gambar di bawah ini.
Thursday, 19 June 2014
Thursday, 12 June 2014
Jadual Piala Dunia Brazil 2014
Pada 13 Jun 2014, jam 4.00 pagi (waktu Malaysia) akan bermulalah Kejohanan Bolasepak Piala Dunia Brazil 2014, kejohanan termahal didunia yang menelan belanja sebanyak 40 billion ringgit. Perlawanan pembukaan adalah diantara tuan rumah Brazil VS Crotia. Berikut adalah jadual Piala Dunia Brazil 2014 waktu Malaysia. Klik pada jadual untuk membesarkan jadual tersebut.
Friday, 6 June 2014
Peria Baik Untuk Kecing Manis
Apabila bercerita tentang buah peria pastinya ramai yang tidak menyukainya terutamanya golongan muda-mudi sekarang. Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia, adalah antara sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden.
Meskipun rasanya yang pahit tidak digemari ramai, namun ia mempunyai banyak kebaikan. Antaranya khasiatnya ialah protein, lemak mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.
Peria ini juga bagus untuk mereka yang mengidap penyakit kencing manis, ini kerana peria elok diamalkan pengambilannya setiap hari kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah. Ia juga sesuai dijadikan jus minuman harian terutamanya sebelum sarapan.
Thursday, 5 June 2014
Muzium 3D di Singapura
The original 3D art gallery, Trick Eye Museum, officially opens its doors to the public this month at Resorts World Sentosa, Singapore. Its first venture outside of Korea, where it's originally from, covers an 800 sqm. area and will feature some 80 paintings and optical illusion installations, with more than 50 art works created specially for the Singapore gallery. Get a sneak peek at some of them in this slideshow. Admission prices are $25 for adults and $20 for children and senior citizens














Friday, 30 May 2014
Renungan Jumaat - Kisah dan Teladan
CERITA PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK
Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.
"Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.
Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.
Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.
Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.
Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.
Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".
Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".
Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda bermaksud :
Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.
Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".
Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda bermaksud :
"Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya".
Monday, 19 May 2014
Makanan Untuk Mata Sihat

Tak semua orang bertuah memiliki penglihatan yang sempurna. Tetapi mengekalkan penglihatan yang sempurna bukanlah sesuatu yang diperolehi tanpa usaha.
Mungkin kini banyak rawatan moden yang boleh merawat penglihatan, tetapi jika anda tidak yakin dengan rawatan moden . Ambil berat pada cara pemakanan anda. Sememangnya mengelak lebih baik daripada mengubati. Berikut adalah makanan yang boleh membantu untuk mengekal dan memperbaiki penglihatan anda;
Mungkin kini banyak rawatan moden yang boleh merawat penglihatan, tetapi jika anda tidak yakin dengan rawatan moden . Ambil berat pada cara pemakanan anda. Sememangnya mengelak lebih baik daripada mengubati. Berikut adalah makanan yang boleh membantu untuk mengekal dan memperbaiki penglihatan anda;

Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.

Jika anda menggemari segala jenis teh, anda sedang melakukan tindakan yang betul untuk mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia kan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.

Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.

6. Kacang Soya
Jika anda merupakan peminat kicap dan tempe, anda tentu gembira mengetahui bahawa kacang soya merupakan salah satu makanan penting untuk mata . Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.
Percaya atau tidak, telur juga baik untuk penglihatan. Sebatian sulfur, protein dan cysteine membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.
Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.
Friday, 16 May 2014
Tips Mendaki Gunung Tahan
A) CARA MEMOHON
1. Untuk mendaki gunung Tahan, hendaklah mendapat kebenaran dari Pejabat Taman Negara Sungai Relau melalui e-mail : tnsgrelau@wildlife.gov.my
Hendaklah dinyatakan dalam email tersebut tarikh pendakian, bilangan peserta dan laluan pendakian serta orang untuk dihubungi. Nanti pihak Taman Negara Sungai Relau akan membalas email tersebut secara rasmi.
2. Trek Gunung Tahan boleh didaki seperti berikut :- (1 GUIDE untuk 12 orang peserta)
a) Trek Sungai Relau - Puncak Tahan - Sungai Relau (5 hari - RM950.00)
b) Trek Sungai Relau - Puncak Tahan - Kuala Tahan (7 hari - RM1,200.00)
c) Trek Kuala Tahan - Puncak Tahan - Sungai Relau (7 hari - RM1,200.00)
d) Bayaran yang dinyatakan diatas adalah untuk bayaran GUIDE. Terdapat juga bayaran yang lain seperti permit masuk, tapak khemah dan lain-lain.
d) Bayaran yang dinyatakan diatas adalah untuk bayaran GUIDE. Terdapat juga bayaran yang lain seperti permit masuk, tapak khemah dan lain-lain.
3. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pejabat Taman Negara Sungai Relau di talian berikut : 09-9150214
B) PERALATAN DAN KELENGKAPAN
1. Beg - hendaklah membawa beg yang agak berkualiti untuk membawa barang yang agak berat dan banyak. Jangan membawa beg yang agak murah kerana mudah koyak dan cepat putus tali..so akan ada masalah kerana tempoh pendakian yang panjang. Kalau boleh beli beg hiking original yang berjenama seperti dueter, karimor dan lain-lain kerana tahan lasak serta tahan lama. Cari untuk kandungan 60 liter hingga 90 liter bagi mengisi barang
2. Pakaian mendaki - hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian dan selesa untuk mendaki. Baju t-shirt yang cepat kering dan seluar tight pendek atau panjang atau lain-lain yang selesa kepada pendaki.
3. Kasut mendaki - untuk mendaki gunung Tahan, GUIDE mengsyorkan pendaki memakai kasut getah, kerana terpaksa mengharungi sungai. Kasut yang lain juga boleh pakai jika pendaki sesuai dan selesa dengan kasut tersebut.
BERSAMBUNG
Subscribe to:
Posts (Atom)