View My Stats

Tuesday 31 December 2013

Selamat Tahun Baru 2014

Selamat Tahun Baru 2014
Pejam celik, pejam celik begitu cepat masa berlalu...kini tahun 2014 akan bakal menjelma membawa penuh harapan dalam mengharungi kehidupan ini...
Semoga bermulanya 1.1.2014 bersamaan dengan 29 Safar 1435 Hijrah akan membawa lebih keberkatan kepada semua....Selamat Tahun Baru 2014

Monday 30 December 2013

Pelajar Universiti Singapura Maut Jatuh Gunung Stong

29 Disember 2013, KUALA KRAI, (Bernama) -- Mayat pelajar Universiti Kebangsaan Singapura yang hilang selepas tergelincir dari tebing Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, malam tadi, ditemui pasukan penyelamat hari ini. 
Foto
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli Penolong Penguasa Bomba Soleh Nasir berkata pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat Lee Jun Jie, 23, pada 9.50 pagi di dalam sebuah lubuk di kawasan Air Terjun Stong, kira-kira 100 meter dari Kem Baha yang dijadikan tempat perkhemahan mangsa bersama 22 lagi rakannya.  

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat, katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Dalam kejadian itu, Lee, yang sedang melihat pemandangan waktu senja semasa berhenti untuk berkhemah di Kem Baha, tergelincir dari tebing disebabkan keadaan tanah yang licin akibat musim hujan lalu terjatuh ke dalam Air Terjun Stong.  


Mangsa bersama rakan-rakannya tiba di Dabong, Kuala Krai petang semalam dengan menaiki kereta api, dan mendaki Gunung Stong untuk berkhemah di situ.  
Lapan belas anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Jeli dan Kuala Krai serta polis (10), Jabatan Pertahanan Awam (7), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (7) dan Renjer Hutan (3) terlibat dalam operasi mencari mangsa.  


Gunung Stong mempunyai ketinggian 1,422 meter dan Air Terjun Jelawang yang terletak di gunung tersebut merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara.  
Foto

Kem Baha terletak kira-kira 400 meter dari kaki Gunung Stong merupakan kem pertama yang perlu disinggahi pendaki sebelum meneruskan pendakian ke Puncak Ayam yang terletak di Gunung Stong. 
1. Gambar dari Kem Baha, Gunung Stong, di atas awan

Nota : Saya pernah mendaki gunung ini pada bulan Oktober 2011. Memang gunung ini amat cantik kerana terdapat air terjun Jelawang iaitu air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Pendaki perlu berhati-hati semasa berada di tepi air terjun di Kem Baha kerana jika tergelincir pendaki akan terus jatuh ke bawah..so harap semua berhati-hati ya dan kalau boleh kena ikut sentiasa arahan dari GUIDE demi keselamatan semua.
2. Kawasan berbatu di Kem Baha, tempat laluan air terjun Jelawang, jika tergelincir akan jatuh terus ke bawah

3. Air terjun jelawang mengalir dari Kem Baha...bayangkan bagaimana anda jatuh dari ketinggian 303 meter ke bawah

Wednesday 25 December 2013

Beribu-Ribu Ikan Timbul Di Pantai Tambisan, Sabah

Selasa, 24 Disember 2013, "Ikan Naik Ke Daratan Di Lahad Datu Sabah" macam tak percayakan....tapi itu semua kuasa Yang Maha Esa...memberi kesedaran betapa kecilnya kita sebagai manusia di dunia yang fana ini...


Gempar! Heboh ketika ini di daerah Lahad Datu, Sabah apabila penduduk kampung di Pulau Tambisan mendapati ikan laut muncul dengan banyak berhampiran daratan. Ramai yang mengatakan fenomena pelik ini menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik bakal terjadi tidak lama lagi di kawasan tersebut.



Sebelum ini, Kejadian Tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlakunya bencana alam tersebut. Haiwan-haiwan ternakan dan peliharaan menunjukkan tingkah laku pelik. Malah para nelayan turut mengatakan hidupan laut dalam telah muncul di persisiran pantai.

Yang amat pelik, Ribut Greg yang mengorbankan ramai penduduk di Keningau, Sabah juga berlaku pada 26 Disember 1996

kejadian ini pula berlaku pada 24 Disember 2013. Adakah tanda-tanda yang berlaku di Lahad Datu ketika ini juga akan terjadi bencana alam pada tarikh yang sama, 26 Disember kejadian-kejadian bencana yang besar sebelum ini berlaku? Wallahualam....

Tuesday 24 December 2013

Gambar Rama-Rama Yang Cantik

Dipaparkan gambar rama-rama yang sangat cantik. Diharapkan selepas menyaksikan keindahan alam ini, kita semua akan lebih menghargai alam sekitar dan keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa
 Watch butterfly with full colour
Blue Sea

Black Pattern

Take picture with butterfly
Black with red line

Blue Forrest

Orange Thunderbird

Red butterfly
Wood pattern

Sky rocket

Blu-berry wings

White fangs

Watch butterfly at zoo
Kesiputan Wings

Doted fly

Sea water

Sexy rama-rama

Rama-rama paling cantik dan cool
Sumber : penpatah.blogspot

Friday 20 December 2013

Renungan Jumaat - Pahala Dinikmati Selepas Kematian


Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.  

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya. 

5.Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung. 

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. 

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya  yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam : 1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)  2. Ilmu yang berguna dan diamalkan  3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Tuesday 17 December 2013

El Diablo - Restoran Gunung Berapi

Di Taman Negara Timanfaya yang terletak di Lanzarote Sepanyol terdapat sebuah restoran yang unik yang diberi nama El Diablo. Restoran ini dibina diatas sebuah gunung berapi lama yang kali terakhir meletus pada tahun 1824. Restoran ini menggunakan bahang dari lohong lahar untuk memasak kesemua masakan yang dihidang did dalamnya. El Diablo sudah beroperasi sejak tahun 1970 dan direka oleh Cesar Manrique. Dapur lohong lava ini memasak makanan pada suhu stabil 400 darjah selsius. Sangat unik!

Laporan asal TreeHugger, sumber penpatah.blogspot

Monday 9 December 2013

Lukisan Cool Yang Nampak Real

Lukisan mengagumkan ini karya Roberto Bernardi.
Lelaki berbakat ini dilahirkan di Todi pada tahun 1974. Beliau memulakan kerjaya sebagai pelukis pada pertengahan tahun lapan puluhan.








Sumber : penpatah.blogspot

Sunday 8 December 2013

Undian Piala Dunia Brazil 2014

Final Draw reveals intriguing groups
6 Disember 2013 (Friday), The Final Draw took place at the luxurious Costa do Sauípe in Salvador. It was conducted by FIFA Secretary General Jérôme Valcke, assisted by Cafu, Fabio Cannavaro, Alcides Ghiggia, Fernando Hierro, Sir Geoff Hurst, Mario Kempes, Lothar Matthaus and Zinedine Zidane, who were representing the eight World Cup winners.
Brazil and Croatia will participate in the opening match at the Arena Corinthians in Sao Paulo on 12 June 2014. Germany, meanwhile, will become the first team to reach 100 World Cup matches when they face Portugal five days later.
The Final will unfold at the cathedral of Brazilian football, the iconic Maracana in Rio de Janeiro, on 13 July.

Wednesday 4 December 2013

Tempat Yang Menakjubkan di Dunia

25 Gambar Tempat Di Dunia Yang Menakjubkan Tapi Kelihatan Tak Real – Pernahkah anda melihat tempat yang cantik tapi macam tak real je. Sebenarnya tempat ni memang wujud namun kebanyakkannya masih tak percaya kecantikan gambar tempat ni yang mana ianya seolah-olah di edit. Lihat gambar kat bawah, betapa besarnya kuasa Yang Maha Esa mencipta keindahan ini....
Sumber : penpatah.blogspot.com