View My Stats

Friday 30 August 2013

Kebaikan Senyuman...

Tersenyum mungkin kelihatan seperti tindak balas spontan terhadap sesuatu yang comel atau lucu, tetapi ia adalah lebih daripada itu. Kajian menunjukkan bahawa tersenyum secara rela atau terpaksa boleh memberi kesan yang positif kepada emosi anda, mengurangkan tahap tekanan, dan juga membuat semua orang di sekeliling anda berasa lebih baik. 
Dengan hanya satu senyuman, ia memberi seribu makna pada seseorang. Senyuman juga memperlihatkan kecantikan semulajadi anda. 
Mari lihat 5 manfaat yang anda perolehi apabila anda tersenyum. 
1. Senyuman itu berjangkit 
Akibat aktiviti otak yang kompleks yang berlaku apabila anda melihat seseorang tersenyum, senyuman itu boleh berjangkit. Kajian mendapati bahawa dengan melihat seseorang tersenyum akan mengaktifkan kawasan otak yang mengawal pergerakan muka sehingga membawa kepada senyuman. 

2. Senyuman mengurangkan tekanan 
Memang tidak mudah untuk tersenyum dalam keadaan tertekan, tetapi dengan tersenyum akan mengurangkan tekanan yang di hadapi. Caranya, apabila anda tertekan, cuba ambil masa 10 minit untuk melihat sesuatu yang membuatkan anda gembira. Mungkin gambar, video atau apa-apa sahaja. Pasti tekanan yang dirasai akan berkurangan. 
3. Senyuman menguatkan sistem imun anda 
Dengan tersenyum, sistem imun anda akan bertambah kuat dengan membuatkan badan anda menghasilkan sel -sel darah putih unutk mebantu anda melawan penyakit. Kajian menunjukkan seorang kanak – kanak yang kerap di kunjungi oleh pelawat yang membuatkan dia tersenyum mempunyai sel darah putih yang lebih tinggi daripada kanak – kanak yang tidak di lawati. 

4. Solekan tampak indah 
Senyuman merupakan solekan paling cantik. Cukup dengan bersolek nipis sahaja ke pejabat. Senyum lah dengan ikhlas anda pasti nampak lebih menarik. 
5. Senyuman membahagiakan orang lain 
Jika seseorang yang anda tidak kenali tersenyum kepada anda dan anda membalas kembali senyumannya, secara tidak langsung akan terbit rasa bahagia pada orang itu.
Smile always kay...

Thursday 29 August 2013

6 Kebaikan Serai Untuk Kesihatan

Serai kerap di gunakan dalam masakan dan juga dalam pembuatan minyak wangi namun tahukah anda serai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita? 

Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian. 

1. Memutihkan gigi 
Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya. 

2. Mengatasi masalah perut 
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan. 

3. Serai sebagai 'Pain Killer' 
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi. 

4. Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang. 

5. Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang. 

6. Ejen pencegah kanser 
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat

Sejarah Lagu Negaraku


SEJARAH LAGU KEBANGSAAN NEGARAKU

1. Mengikut rekod terdapat dua sumber mengenai asal usul Lagu Kebangsaan sebelum lagu Negaraku ini dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia. Lagu tersebut merupakan Lagu Kebangsaan Negeri Perak dan di samping itu juga lagu yang popular bernama Terang Bulan. Mengikut cerita Tuan Haji Mustafa Albakri, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, lagu ini telah digunakan buat pertama kali sebagai Lagu Kebesaran Negeri Perak pada tahun 1901 iaitu pada masa pertabalan Raja Edward VII di England. 

Sultan Idris Murshidul’adzam Shah (Marhum Rahmatullah) menjadi Sultan Negeri Perak dari tahun 1887 hingga tahun 1916. Pada masa pertabalan Raja Edward VII pada tahun 1901, Sultan Idris telah berangkat ke England sebagai wakil Raja-raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam Istiadat Pertabalan tersebut. Apabila tiba di Pelabuhan Southampton, Pegawai Protokol dari pejabat koloni luar naik ke kapal dan bertanyakan Lagu kebesaran Negeri Perak. Adalah menjadi amalan di England pada masa itu bahawa apabila Ketua Negara atau Raja berangkat, lagu kebangsaan negeri tersebut dimainkan.



Pada masa itu Negeri Perak tidak mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Raja Harun bin Sultan Abdullah, Setiausaha Sulit kepada Sultan adalah seorang ahli muzik. Beliau walaupun sedar bahawa Negeri Perak tidak mempunyai lagu kebesarannya sendiri tidak mahu mengaku kalah. Beliau memberitahu Pegawai Protokol tersebut bahawa Negeri Perak memang sudah ada lagu kebesarannya sendiri tetapi not lagu tersebut tidak dibawa bersama. Namun begitu beliau menyatakan bahawa beliau boleh memainkan lagu tersebut tanpa not.

Setelah mendengar penerangan Raja Harun bin Sultan Abdullah maka Pegawai Protokol pun membenarkan beliau memainkan lagu tersebut tanpa not. Maka Raja Harun pun memainkan Lagu Kebesaran Negeri Perak tanpa not. Lagu tersebut sebenarnya ialah lagu Terang Bulan. Dengan itu berkumandanglah lagu Terang Bulan di bumi England pada tahun 1901 buat pertama kali dan sekaligus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak. Dari saat itu lagu Terang Bulan menjadi Lagu Kebangsaan Negeri Perak sehingga ia dijadikan Lagu Kebangsaan Negara dan seterusnya Lagu Kebangsaan Malaysia.


2. Satu lagi sumber mengenai asal usul lagu Negaraku ialah cerita yang disampaikan oleh Raja Kamarulzaman anak kepada Raja Mansur yang pernah menjadi juruiring kepada Sultan Idris. Beliau menyatakan bahawa lagu Terang Bulan ini mula dijadikan Lagu Kebangsaran Negeri Perak pada tahun 1888 apabila Sultan Idris melawat London iaitu setahun selepas baginda ditabalkan. Baginda Sultan Idris berangkat ke London untuk menghadiri Upacara Kemahkotaan Permaisuri Victoria pada tahun 1888. Setibanya rombongan Diraja di London sebagai persediaan, wakil Permaisuri Victoria telah meminta not Lagu Kebesaran Negeri Perak dari Raja Mansur, juruiring Sultan Idris. Mengikut amalan protokol ketiga itu Lagu Kebesaran Negeri Perak akan dimainkan sebaik sahaja baginda Sultan berangkat masuk ke dewan majlis di mana istiadat yang berkenaan dijalankan. Untuk mengelakkan malu maka dengan kebijaksanaan dan daya usaha Raja Mansur, beliau telah menyatakan bahawa not lagu tersebut terlupa dibawa. Walau bagaimanapun, Raja Mansur memberitahu wakil Permaisuri bahawa sekiranya wakil Permaisuri dapat menyediakan seorang pakar muzik yang boleh membuat not lagu, beliau boleh membunyikannya dengan cara bersiul. 

Lagu yang disiulkan itu adalah lagu yang sangat popular dan digemari oleh penduduk Negeri Perak. Maka dengan itu Lagu Kebesaran Negeri Perak buat kali pertamanya dimainkan secara rasmi pada Upacara Kemahkotaan Permaisuri Victoria di London dan lagu itu ialah lagu Terang Bulan. Tuan Haji Mubin Sheppard yang pernah memegang jawatan Pengarah Arkib Negara telah membuat penyelidikan mengenai asal usul lagu Negaraku ini. Beliau mendapati cerita dari dua adik beradik iaitu Raja Aminah binti Almarhum Sultan Abdullah dan Raja Halijah binti Almarhum Sultan Abdullah dan juga dari Raja Kamarulzaman. 


Mengikut dua adik beradik ini kali pertama mereka mendengar lagu ini yang sekarang dikenali sebagai Negaraku ialah di Mahe, Kepulauan Seychelles di mana ayahanda mereka iaitu bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan. Mengikut mereka lagu tersebut sangat popular di pulau tersebut dan selalu dimainkan oleh Pancaragam Perancis yang biasanya memainkan pelbagai lagu dan membuat pertunjukkan konsert untuk orang ramai di pulau berkenaan. Adalah dipercayai melodi ini telah digubah oleh seorang ahli Muzik bangsa Perancis bernama Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada tahun 1780 dan meninggal dunia pada tahun 1857.

Raja Kamarulzaman juga ada menceritakan bahawa lagu ini telah diperkenalkan oleh Bangsawan dari Indonesia yang sedang membuat pertunjukan di Singapura. Dalam tempoh yang singkat lagu ini telah menjadi popular di Singapura dan diberi nama Terang Bulan. Walaupun lagu ini menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak namun ia dimainkan juga di majlis-majlis sebagai lagu hiburan. Pada masa itu lagu ini terus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak sehingga dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia dengan nama Negaraku.
PEMILIHAN LAGU NEGARAKU 

Pada tahun tahun 1956 semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Walau bagaimanapun, belum ada sebuah lagu kebangsaan yang merangkumi bagi seluruh negara. Pada ketika itu Malaya berada di ambang kemerdekaan maka wajarlah ia mempunyai sebuah lagu kebangsaan sendiri. Maka dengan itu satu ketetapan telah diambil untuk mendapatkan sebuah lagu kebangsaan bercorak patriotik yang merangkumi seluruh negara. Y.T.M. Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada ketika itu telah membuat ketetapan agar sebuah lagu kebangsaan dicipta sebelum merdeka. Ekoran dari ketetapan ini satu jawatankuasa telah dibentuk di mana bertujuan untuk mendapatkan sebuah lagu kebangsaan yang sesuai bagi Malaya yang bakal merdeka. 
Y.T.M. Tunku Abdul Rahman mencadangkan agar diadakan satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan. Cadangan Y.T.M. Tunku ini dipersetujui dan dilaksanakan. Pertandingan ini bukan sahaja terhad kepada penduduk Malaya tetapi telah dibuka ke seluruh dunia dan hasilnya sebanyak 514 buah lagu telah diterima dari seluruh dunia. Untuk memilihnya sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk membuat pemilihan dengan teliti dan sempurna.

Jawatankuasa pemilihan ini terdiri daripada :
Pengerusi :
1.Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Ahli-ahli :
2.Tuan Haji Mustafa Albakri, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu mewakili Raja-raja.
3.Dato’ Abdul Razak Hussein, Menteri Pelajaran.
4.Encik Ya’akob Latiff, Pengarah Penerangan.
5.Encik D.S.P. Croft, Pengarah Muzik, Band Polis Persekutuan.
6.Kapt. Lenthall, Pengarah Muzik, Askar Melayu.
7.Encik A.T. Read, Pengarah Penyiaran Radio.

Jawatankuasa ini menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh. Mereka meneliti setiap lagu yang diterima. Namun demikian Jawatankuasa ini berpendapat bahawa tidak ada sebuah lagu dari 514 lagu yang dikemukakan yang dianggap sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan. Jawatankuasa ini kemudian berpendapat satu cara lagi untuk memperolehi lagu kebangsaan yang baik ialah dengan menjemput beberapa penggubah lagu yang ternama untuk menciptanya. Dengan itu jawatankuasa ini membuat keputusan mempelawa beberapa penggubah lagu yang masyhur bertaraf antarabangsa untuk mencipta khas lagu kebangsaan ini. Mereka yang dijemput khas untuk menggubah lagu kebangsaan ini adalah terdiri daripada :
1. Benjamin Britten
2. Sir William Walton
3. Carlo Menetti dan
4. Zubir Said


Mereka telah menggubah dan mencipta beberapa lagu kebangsaan untuk diteliti oleh sebuah Panel Hakim yang dibentuk khas untuk membuat pertimbangan. Panel Hakim berpendapat bahawa lagu ciptaan mereka adalah tinggi mutunya namun mereka masih berpendapat bahawa tidak ada sebuah lagu yang boleh dianggap sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan.

Setelah dipertandingkan dan setelah mempelawa beberapa ahli penggubah lagu termasyhur masih belum memperolehi hasil yang diharapkan maka akhirnya Jawatankuasa ini membuat keputusan untuk mendengar kesemua lagu negeri yang sedia ada. Tujuannya ialah untuk mengenalpasti sama ada di antara lagu-lagu kebesaran negeri ini ada yang sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan negara. Setelah mendengar kesemua lagu negeri maka Jawatankuasa ini telah membuat keputusan bahawa Lagu Kebesaran Negeri Perak adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lagu kebangsaan negara. Maka dengan itu jadilah lagu itu sebagai Lagu Kebangsaan Malaya yang merdeka dan akhirnya Lagu Kebangsaan Malaysia. Senikata lagu kebangsaan ini telah ditulis bersama oleh Panel Hakim di mana Y.T.M. Tunku Abdul Rahman telah memainkan peranan yang penting.

NEGARAKU (LIRIK)

NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJU
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA


Wednesday 28 August 2013

Pencipta Bendera Malaysia - Jalur Gemilang

Siapakah individu sebenar yang telah mencipta bendera Jalur Gemilang ini? Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya. Namun kita perlu berbangga kerana Jalur Gemilang ini telah berada di seluruh dunia termasuklah di angkasa lepas.

Semasa hayatnya, Mohamed Hamzah merahsiakan beliaulah pencipta Jalur Gemilang, hingga ramai temannya sendiri tidak mengetahui perkara itu. Hanya selepas kematiannya pada 1993, barulah adik beliau, Abu Bakar Hamzah, sekarang 73, mendedahkan secara terbuka perihal abangnya itu.

Jalur Gemilang menurutnya, mula dicipta pada 1947 apabila pemerintah masa itu mengadakan pertandingan mereka bendera Persekutuan Tanah Melayu. Mohamed yang ketika itu berusia 29 tahun tidak mahu melepaskan peluang keemasan tersebut untuk menonjolkan bakat melukisnya.

Bekas kakitangan Jabatan Kerja Raya Johor itu memang berbakat dalam bidang seni lukis dan sanggup menghabiskan masa berjam-jam menyiapkan sesebuah lukisan. “Saya masih ingat Allahyarham yang tamat persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) mengambil masa dua minggu mereka empat lakaran bendera untuk dihantar ke Kuala Lumpur.

“Dia tersenyum lebar ketika lakaran bendera diciptanya dipilih dan dipaparkan dalam akhbar-akhbar tempatan,” katanya. JALUR Gemilang telah dibawa ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) oleh angkasawan negara tahun lalu. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993, 14 hari sebelum genap usia 75 tahun di rumah keluarganya di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.
Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Tuesday 27 August 2013

Relaxing Piano Music - By Richard Clayderman

1. Fur Elise

2. Love Story

3. Pour Une

4. Miss U

5. Adeline
Just relax and enjoy the music

Malaysiaku Berdaulat - Tanah Tumpah Darahku

31 Ogos 2013 - Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56, 
Video di bawah untuk menyemarakkan hari yang bersejarah ini..

Video - Tanggal 31 Ogos - Allahyarham Sudirman Haji Arshad

Video - Jalur Gemilang

Video - Keranamu Malaysia

Monday 26 August 2013

Penenang Jiwa - Zikir Taubat Nasuha

"Dan Dialah Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan." (QS. Asy-Syuuraa: 25)

Lagu Semangat - Faizal Tahir - Gemuruh

"Perjalanan Beribu Langkah Bermula Dengan Langkah Pertama"
"Usaha Tangga Kejayaan, Don't Give Up'

Relaxing Music - Kenny G

1. The Moment

2. Songbird
Relax and enjoy the music...

Ambil Kisah Ambil Tindakan - Mia Dan Adam

Pengumuman
Saksikan Kisah Mia dan Adam di laman web berikut :-

Malaysia - Terbesar, Tertinggi, Lama dan Terbaik

Walaupun Malaysia tidak boleh menjadi besar atau yang terkenal di seluruh dunia seperti China, India, Eropah atau Amerika Syarikat, ia adalah sebuah negara yang memegang rekod dunia banyak. Berikut adalah beberapa tertua, tertinggi, bests terbesar dan Malaysia.
1. Taman Negara - Rainforest Oldest Dunia
Transecting negeri-negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu, Taman Negara, yang diasaskan pada tahun 1938 sebagai King George V National Park adalah hutan hujan tertua di dunia. Ia adalah lebih daripada 130 juta tahun, dan kerana ia terletak di khatulistiwa, hutan purba tidak dimusnahkan oleh zaman ais. Terdapat beberapa tempat di bumi dengan lebih banyak hidupan liar dan spesis tumbuhan daripada Taman Negara, dan taman adalah rumah kepada lebih daripada 14,000 spesis tumbuhan, 240 jenis pokok dan 200 mamalia termasuk badak Sumatera, Great Argus, Harimau Malaya, dan gajah Asia.


2. Dewan Sarawak - Dewan Gua Terbesar di Dunia
Di Gunung Mulu National Park di Sabah, anda akan mendapati ruang yang terbesar di dunia gua di Gua Nasib Bagus, atau Gua Semoga Berjaya. Ia ditemui oleh British Jangan lupa, Andy Eavis, Dave Checkley dan Tony Putih pada tahun 1981, dan dinamakan Dewan Sarawak. Ruang ini adalah 700 meter panjang, 400 meter lebar dan sekurang-kurangnya 70 meter tinggi, dan cukup besar yang boleh memuatkan 40 Boeing 747s selesa. Jika anda melawat Gunung Mulu, ia juga bernilai meneroka Gua Clearwater yang menempatkan salah satu sistem sungai bawah tanah terbesar di dunia, dan Gua Rusa, di mana anda boleh melihat penghijrahan kagum inspirasi berjuta-juta kelawar di malam hari.


3. Petronas Towers - Menara di Dunia Tertinggi Twin
Pada 542 meter, Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur adalah bangunan berkembar tertinggi di dunia. Kedua-dua menara mempunyai 88 tingkat dan pada ke-41 dan ke-42 tingkat, adalah jambatan gantung dua tingkat, yang juga berlaku untuk menjadi jambatan dua tingkat tertinggi di dunia. Anda boleh menikmati pemandangan 360 darjah bandar dari jambatan gantung ini, yang menghubungkan kedua-dua menara.


4. Barracuda Point, Sipadan - Dunia Dive Site Best
Walaupun ia tidak rasmi, penyelam yang serius dan peminat hidupan laut semua mengatakan bahawa Barracuda Point di Kepulauan Sipadan adalah tapak menyelam terbaik di dunia. Terdapat beberapa tempat di mana anda akan melihat satu aliran berterusan ikan pelagik, jerung hammerhead dan Shoals daripada barakuda. Kepelbagaian semata-mata dan tahap aktiviti di Barracuda Point adalah satu impian yang menjadi kenyataan untuk jurugambar dalam air.


5. Gunung Kinabalu - The Home Bunga Terbesar di Dunia
Pada 4,095 meter di atas paras laut, Gunung Kinabalu di Sabah adalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu, dan destinasi kegemaran untuk pejalan kaki dan pencinta alam semula jadi. Ia diiktiraf sebagai salah satu tapak biologi paling penting di dunia kerana ia adalah rumah kepada lebih daripada 5,000 spesis tumbuhan, lebih 100 mamalia seperti orang utan dan Borneo penyelidik-luak, dan lebih daripada 300 spesies burung. Gunung Kinabalu juga rumah kepada bunga terbesar di dunia, Rafflesia parasit, yang mempunyai bunga yang tumbuh sehingga 37 inci diameter.

6. Sepilok Pusat Pemulihan - Orang Terbesar Dunia Utan Sanctuary
Terdapat hanya kira-kira 30,000 orang utan tinggal di dunia dan mereka boleh didapati di Borneo dan Sumatra. Sepilok Orang Utan Pusat Pemulihan di bandar Sandakan di Sabah telah ditubuhkan pada tahun 1964 untuk menyelamatkan anak-anak yatim bayi orang utan. Hari ini, ia adalah yang terbesar oren utan perlindungan di dunia dengan kira-kira 80 beruk yang hidup bebas di rizab 4,300 hektar dan kira-kira 25 bayi yang tinggal di taska. Pusat ini dibuka untuk lawatan orang ramai supaya anda boleh melihat beruk di dalam habitat semulajadi mereka.

Top 5 Duit Syiling Termahal Di Dunia


1794 Flowing Hair Dollar
1. 1794 Flowing Hair Dollar
Pada 24 Januari 2013, duit syiling ini sekali lagi telah memecah rekod duit syiling termahal. Syiling ini telah dijual melalui satu acara lelongan oleh Stack’s Bowers, pada harga USD$10,016,875 termasuk premium pembeli. Pada Mei 2010, duit syiling ini dijual dengan harga $7,850,000 dollar oleh Steven L. Contursi, daripada Rare Coin Wholesalers kepada Cardinal Collection Educational Foundation California. Namun, jual beli ini bukan melalui acara lelongan awam, ianya lebih kepada jual beli biasa. Kebanyakan daripada pengumpul duit lama tidak bersetuju duit syiling ini sebagai yang termahal di dunia. Menurut pengkaji sejarah numismatik, Jack Collins, hanya ada lebih kurang 100-120 duit syiling Flowing Hair Dollar tahun 1794 yang masih ada di dalam pasaran dan simpanan kolektor. Duit yang dijual ini mendapat gred Specimen-66 oleh PGCS (Professional Coin Grading Service).

double eagle
2. $20 1933 Saint-Gaudens Double Eagle
Pada 30 Julai 2002, duit syiling emas 1933 double eagle ini telah dijual kepada pembida anonymous di lelongan yang di anjurkan oleh Sotheby's auction di New York pada harga $6.6 juta dollar. Jika dicampur dengan premium pembeli sebanyak 15% dan juga nilai muka $20 untuk menjadikannya legal tender, jumlah keseluruhan harga yang perlu dibayar oleh pembeli tersebut adalah $7,590,020 dollar. Kebanyakan pengumpul duit lama masih lagi memilih duit syiling ini sebagai yang termahal didunia pada ketika ini. Duit syiling double eagle yang di lelong oleh Sotheby dikatakan pernah dimiliki oleh Raja Farouk dari Mesir. 445,500 keping duit syiling ini ditempa pada 15 Mac 1933, seminggu selepas Presiden Franklin Roosevelt mengarahkan US Treasury menghalang pelepasan semua emas milik Amerika. Pada tahun 1937, kesemua duit syiling itu dilebur dan dijadikan kepingan emas. Sepatutnya, hanya tinggal dua keping duit syiling yang disimpan di Smithsonian Institution. Namun, ada juga duit syiling yang terlepas dari dileburkan, dicuri oleh pekerja Philadelphia Mint dan dijual kepada Israel Switt.

Brasher Doubloon
3. $15 dollar 1787 Brasher Doubloon EB
Duit syiling 1787 Brasher Doubloon adalah duit syiling pertama Amerika yang ditempa pada nilai dollar. Ianya ditempa oleh Ephraim Brasher, seorang tukang emas dan juga jiran kepada George Washington. Pada bulan Disember 2011, Blanchard and Co. sebuah syarikat yang menjual duit syiling dan logam berharga dari New Orleans telah menjual duit syiling $15 dollar 1787 Brasher Doubloon EB pada harga $7,400,000 dollar kepada sebuah syarikat pelaburan yang tersenarai di Wall Street.

1804 Silver dollar
4. 1804 silver dollar
Duit syiling 1804 silver dollar ini yang mendapat gred 'Proof-68' daripada PGCS telah dijual melalui acara lelongan oleh Bowers and Merena pada 30 Ogos 1999 pada harga $4.14 juta dollar. Duit syiling ini berharga mahal kerana keunikan sejarahnya. Syiling ini juga di antara duit syiling yang paling banyak ditiru. Oleh itu, jika anda mempunyai duit syiling ini dan ingin bertanya kepada saya jika ianya tulen atau tidak, jawapan saya duit syiling itu adalah palsu. Jadi janganlah membuang masa anda untuk bertanya kepada saya dan berharap untuk menjadi jutawan segera. Duit syiling 1804 silver dollar terbahagi kepada 3 kelas dan terdapat 15 specimen berbeza. Pada 17 April tahun 2008, duit syiling ini juga ada dilelong oleh Heritage Auction dan berjaya mendapat harga $3,737,500 dollar.

Liberty Head
5. 1913 Liberty Head nickel
Pada Januari 2010, duit syiling ini telah terjual melalui acara lelongan oleh Heritage Auction dengan harga $3,737,500 dollar. Duit syiling 5 cent 1913 yang juga dikenali sebagai Olsen specimen adalah yang termahal dan terkenal. Ini kerana ianya pernah digunakan didalam TV siri Hawaii Five-O (tajuk episod: "The $100,000 Nickel", disiarkan pada 11 Disember 1973) dan juga dikatakan pernah dimiliki oleh Raja Farouk dari Mesir. Duit syiling ini mendapat gred Proof-64 daripada PGCS dan juga NGC.

Saturday 24 August 2013

Tegar - Anak Jalanan Menjadi Penyanyi Popular

  • Nama Lengkap : Tegar Septian
  • Nama Panggilan : Tegar
  • Nama Populer : Tegar Pengamen Cilik (Subang), 
  • Tegar Anak Pengamen
  • Kota Kelahiran : Pemalang
  • Tanggal Lahir : 19 September 2001 (12 tahun)
  • Karier : Penyanyi
  • Single :
  • - Aku Yang Dulu
  • - Salahkah Aku MemujaMu ( Feat Netral )
  • *Video Lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang - Hayati Liriknya... 


TERSENTUH hati melihat anak-anak kecil mengemis di pinggir-pinggir jalan meminta ihsan dan simpati masyarakat bagi memberi peluang mereka meneruskan hidup. Ibu dan ayah entah ke mana. Bersama-sama rakan sebaya atau mungkin adik-beradik, senario anak-anak kecil mengemis daripada orang ramai di kota Jakarta bukan asing.

 
Itulah yang dapat dilakukan oleh segelintir warga Jakarta dalam meneruskan kehidupan. Lama penulis berfikir dan cuba menelaah, kenapa itu jalan yang menjadi pilihan mereka? Namun, apabila cuba mendasari suara hati mereka, jawapan yang ditemui ialah pilihan apa lagi yang mereka ada. Menjadi pengemis bukan hal yang manis di mata umum. Ibarat kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima.

Realitinya, tidak semua orang akan bermurah hati pada setiap hari untuk menghulur bantuan.Daripada merungut, mengeluh dan mengungkit dengan bantuan yang dihulurkan sehingga menjadi tidak ikhlas, baik sahaja pejamkan mata, tutup telinga dan buat-buat tidak tahu.

Hakikatnya, si pengemis juga  ada maruah dan harga diri. Tidak semua yang terlibat dalam pekerjaan meminta-minta itu mahu berbuat demikian. Justeru, ada segelintir pengemis mengakui, mental mereka tidak kuat untuk berhadapan dengan masyarakat. Kenyataan ini diakui oleh seorang anak kecil yang hidupnya suatu ketika dahulu banyak dihabiskan di jalanan meminta simpati orang ramai. Tegar Septian, si cilik berusia 12 tahun menyedari dia harus bekerja keras untuk membawa keluarga keluar daripada belenggu kemiskinan.
Biodata Tegar Pengamen Cilik, Profil Lengkap Tegar Subang, PutuGiBagi

Iltizam Tegar disokong oleh tuah badan. Daripada seorang pengemis, dia kini diangkat oleh rakyat Indonesia sebagai seorang penghibur muda yang memiliki masa depan cerah. Kalau dulu di jalanan, barangkali tiada siapa yang peduli dengan Tegar tetapi hari ini dia boleh berbangga kerana popularitinya sebaris dengan artis-artis ternama Indonesia. 

Itulah penangan Tegar yang lagu nyanyiannya, Aku Yang Dulu kini semakin menjadi siulan para peminat muzik di Indonesia. Pentas Tegar bukan lagi di pinggir-pinggir jalan, di warung-warung terbuka, di dalam bas atau kereta api, tetapi dia sudah boleh berbangga kerana menerima pelbagai undangan untuk membuat persembahan. Aku Yang Dulu dihasilkan khusus buat Tegar kerana lagu berkenaan menceritakan rentetan perjalanan hidup si kecil itu dan menyebabkan ia sangat mudah memancing perhatian pendengar. 

Namun, bukan populariti yang menjadi dambaan Tegar, sebaliknya, apa yang paling utama ialah kanak-kanak ini semakin memperlihatkan rasa tanggungjawab untuk mengubah nasib keluarga. Kesibukan menjadi artis membuahkan hasil yang lumayan bagi Tegar. Pendapatan diterima sebagai penyanyi menyebabkan dia sudah mampu memenuhi keperluan buat keluarga. 

Sebut sahaja apa gajet yang sedang menjadi trend, semuanya sudah mampu dibeli Tegar untuk ahli keluarganya sehinggakan sebuah motosikal dan peralatan elektronik juga disediakan buat keluarga. "Aku sudah belikan motosikal, Ipad dan telefon bimbit. Tidak lama lagi aku mahu sediakan sebuah rumah buat keluarga di Cikampek (kampung halamannya)," kata Tegar penuh jujur. Berdasarkan hitungan kasar, pendapatan yang diraih oleh Tegar sebagai penyanyi agak lumayan bagi seorang kanak-kanak sepertinya. 

"Aku enggak (tidak) tahu jumlah bersih tetapi setiap minggu aku akan serahkan antara rupiah 6 juta (RM1,800) hingga Rupiah 7 juta (RM2,180) kepada keluarga bagi membahagiakan mereka," kata Tegar. Sebagai penyanyi baru, tidak banyak yang Tegar ambil tahu mengenai pengurusan kerjaya seninya kerana semua itu diatur oleh pihak pengurusan.

Daripada kejayaan dan kekayaan yang diraihnya, Tegar masih merendah diri dan berpendapat, apa yang dilakukannya semata-mata untuk membahagiakan orang-orang terdekatnya. "Alhamdulillah apa yang saya perolehi dapat membahagiakan ibu, saudara, nenek dan semuanya," katanya lagi. Pada usia 12 tahun, inisiatif Tegar bekerja keras mencari rezeki bagi mengubah nasib keluarga amat disyukuri ibu penyanyi itu, Ratna Dwi Sisi yang begitu terharu dengan pengorbanan anak sulung daripada empat adik-beradik itu. 

Ratna mengakui, sebelum Tegar terkenal, hidup mereka serba kekurangan sehinggakan untuk menyediakan makanan harian juga dia tidak mampu. Kesedihan dan kemurungan Ratna bertambah apabila di desa yang mereka diami, tiada siapa yang pernah mengambil peduli terhadap kekurangan keluarga itu. Tambah menyedihkan, pada saat-saat terdesak memohon bantuan untuk mengalas perut anak beranak itu, Ratna dan anak-anaknya terpaksa berlutut.

"Kalau minta makan daripada orang lain, kami harus menangis dahulu," cerita Ratna mengenang saat-saat sukar yang pernah dilaluinya suatu ketika dahulu. Kesusahan keluarga Ratna menyebabkan Tegar tercicir daripada persekolahannya dan anak kecil itu terpaksa menjaga tiga adiknya yang masih kecil. Barangkali, tidak sanggup untuk hidup dalam kemiskinan, Tegar membuat keputusan untuk keluar daripada masalah itu dengan membawa diri selama berbulan-bulan.

Mengemis
Tegar dengan berbekalkan keberanian dan kecekalan mula mendekati sekumpulan anak jalanan yang mencari nafkah dengan mengemis. Daripada situ juga, dia mendekati muzik dengan berlatih menyanyi serta mempelajari cara bermain instrumen muzik termasuk piano dan seruling. Akibat tanpa kawalan keluarga, masalah lain dihadapi Tegar, apabila pergaulan tanpa batasan itu menyebabkan dia menjadi liar dengan mula menghisap rokok dan menghidu gam. Namun, sudah ditakdirkan hidup Tegar bukan di situ. Kelebihan dan bakat besar anak kecil itu disedari oleh Alfas Hermansyah yang menawarkan diri untuk membentuk kanak-kanak itu menjadi 'manusia'

Alfas bekerja keras mengembangkan bakat seni Tegar sehinggalah dia berada di kedudukan hari ini. Dia menjadi masyhur dan sibuk memenuhi undangan penyanyi sehingga di luar Jakarta serta tidak menang tangan menerima undangan menjayakan pelbagai program televisyen. Keluarga itu kini tidak lagi tinggal di kampung, sebaliknya, mereka kini menikmati sebuah kehidupan yang mendamaikan di sebuah pangsapuri.

Anak kecil bernama Tegar benar-benar melalui gaya hidup seorang penghibur kerana ke mana sahaja dia pergi, kereta mewah akan membawanya serta ditemani pula oleh sejumlah pembantu peribadi. Tegar sangat bersyukur dengan apa yang dinikmatinya. Begitu juga dengan si ibu yang tidak henti-henti memanjatkan kesyukuran.

"Sekarang semua orang mengaku kami saudara mereka," kata Ratna sambil tersenyum penuh makna. Menyelak kembali lembaran sejarah kerjaya seni Tegar, nasib si kecil ini berubah selepas dia bergelar juara di sebuah pertandingan nyanyian di Subang Jawa Barat, Indonesia. Kejayaan di gelanggang nyanyian itu membuka jalan kepada anak kelahiran Pemalang ini untuk meraih populariti. Tegar tidak perlu lagi merayu belas dan ihsan orang ramai demi sesuap nasi. Bahkan, Tegar tidak perlu lagi memetik gitar dan menyanyi kerana hari ini, sudah tersedia muzik latar atau sesekali persembahannya diiringi pemuzik profesional. 

"Hidup di jalanan menyebabkan mental saya kuat. Saya semakin mengerti apa yang perlu ada pada kanak-kanak seusia saya iaitu pelajaran," katanya. Sekalipun sudah hidup mewah, namun, Tegar tidak akan sama sekali melupakan dari mana asal usulnya sambil berusaha dan berdoa karier seninya hari ini akan bertahan lama bagi membolehkan dia terus membela nasib diri serta keluarganya.




© Utusan Melayu (M) Bhd